www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Isu ECRL, kerajaan disindir dasar 'u-turn' semakin konsisten

0 month ago, 16-Apr-2019


    Foto sumber internet

KUALA LUMPUR, 16 April Pemuda Umno Malaysia menempelak keputusan kerajaan meneruskan semula projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) selepas melontarkan pelbagai tuduhan ke atas projek berkenaan sebelum ini.

Ketua Pemuda Umno, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki dalam satu kenyataan berkata, ia juga membuktikan dasar u-turn kerajaan yang dilihat semakin konsisten.

Loading...

Rakyat tentu sekali tidak dapat melupakan pelbagai fitnah dan tohmah dahsyat dilemparkan kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum ke-14.

Namun kini, semua sandiwara yang didendangkan PH sebelum PRU 14 sekelip mata dilenyapkan. Kerajaan PH umpama wira baru negara apabila mengumumkan mereka berjaya merunding semula terma projek ECRL ini, katanya.


Kerajaan semalam mengumumkan menyambung semula pembinaan ECRL meliputi jajaran baru dengan kos pembinaan fasa 1 dan 2 dikurangkan kepada RM44 bilion, iaitu pengurangan sebanyak RM21.5 bilion dari kos asal RM65.5 bilion.

Sehubungan itu, Pemuda Umno menggesa kerajaan tidak lagi mempolitikkan projek tersebut dengan mengkritik kerajaan terdahulu demi meraih modal politik, tetapi menyokong gagasan yang dibuat Barisan Nasional (BN) sebelum ini.




Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts