EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kerajaan China hapuskan tapak perkuburan etnik minoriti Uighur

0 month ago, 10-Oct-2019

BEIJING Hasil siasatan yang baru dijalankan mendapati bahawa pihak kerajaan China didakwa telah memusnahkan tanah perkuburan keluarga penduduk etnik Uighur di mana ia merupakan salah satu kempen dalam menghapuskan identiti minoriti Islam.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Berdasarkan imej satelit menerusi kajian yang dijalankan, banyak kubur di kawasan perkuburan di bahagian barat laut China telah dimusnahkan menyebabkan tulang-tulang manusia berselerak.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Namun, pihak kerajaan pula menjelaskan bahawa ia merupakan polisi bagi proses pembangunan di sana selain ia adalah langkah bagi menyeragamkan kubur-kubur lama yang sudah berada di sana sejak beberapa generasi.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Tetapi, masyarakat Uighur di luar negara menafikan kenyataan itu dan menyatakan bahawa ia merupakan satu usaha bersepadu negara dalam membasmi etnik selain mahu mengawal setiap aspek kehidupan mereka.

Ia merupakan sebahagian kempen bagi membasmi bukti identiti kami dan mahu menjadikan kami seperti masyarakat Han, jelas Salih Hudayar, waris kepada individu yang telah dikuburkan di perkuburan berkenaan.

Sebab itulah mereka memusnahkan kesemua tapak bersejarah perkuburan ini, bagi memutuskan kaitan kami dengan sejarah, iaitu daripada nenek moyang kami, tambahnya lagi.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Setakat ini difahamkan bahawa hampir sejuta penduduk minoriti Muslim di sana ditempatkan di kem pendidikan semula dengan alasan untuk memerangi ekstremisme dan separatisme agama.

Di dalam kem berkenaan, mereka dipaksa mengingati propaganda Parti Komunis China selain disuruh meninggalkan Islam. Mereka yang bebas pula terikat dengan pengawasan dan sekatan, termasuklah larangan membela janggut dan memakai tudung.

Pada bulan Jun lalu, hasil siasatan membuktikan bahawa di Kashgar, Xinjiang, penduduk tempatan ditakut-takutkan, sama ada di rumah atau di masjid selain pegawai kerajaan menawarkan hadiah berupa daging khinzir yang sudah jelas haram buat umat Islam.

Wartawan AFP turut menyaksikan sendiri tulang temulang yang bertaburan di daerah Shayar, di mana tulang berkenaan dibiarkan dan ditinggalkan di tiga lokasi berlainan, manakala kubur-kubur yang terjejas itu diratakan.

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Imej satelit yang dianalisa oleh AFP dan Earthrise Alliance menunjukkan bahawa kerajaan China telah menghapus dan meratakan lebih kurang 45 tapak perkuburan etnik Uighur sejak tahun 2014. Kerajaan tempatan pula bertindak dengan mendiamkan diri dan tidak memberi sebarang maklum balas mengenainya.

Kawasan tapak perkuburan di Kuche setelah dihapus dan diratakan

HECTOR RETAMAL/AFP via Getty Images

Ia bukan sahaja penganiayaan terhadap agama, bahkan lebih daripada itu, luah Nurgul Sawut, wakil masyarakat Uighur yang mengebumikan nenek moyang selama lima generasi di Yengisar, bahagian barat daya Xinjiang.

Kerajaan China setakat ini mengundang kecaman global ekoran layanan buruk dan diskriminasi terhadap masyarakat Uighur selain menafikan hak mereka.

Tindakan ini melanggar norma asas hubungan antarabangsa dan mengganggu hal ehwal dalaman selain membahayakan kepentingan China, kata Geng Shuang selaku jurucakap Kementerian Luar Negeri China yang jelas menentang dan tidak menyokong tindakan itu.

 

Kerajaan China hapuskan tapak perkuburan etnik minoriti Uighur Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...