EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate Gara-gara Asyik Tengok Phone

3 month ago, 09-Feb-2020

teamnetizen.com - Padah Leka Melihat Handphone, Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate

Pada zaman sekarang, handphone sudah menjadi barang keperluan sampaikan ada yang tidak dapat berenggang sikit pun dengan handphonenya. Tidak dinafikan handphone memang banyak membantu dalam kehidupan seharian kita tetapi kadangkala kita juga hendaklah tengok keadaan dan tempat kita menggunakannya.teamnetizen.com - Padah Leka Melihat Handphone, Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate

Baru-baru ini tular video seorang wanita yang leka bermain handphone hingga mengundang padah kepada dirinya sendiri! Di dalam video tersebut, jelas menampakkan bahawa wanita tersebut sedang asyik melihat telefon pintar di tangannya sehinggakan tidak mengetahui keadaan sekeliling. Hal ini mengundang perlian dan tawa daripada warganet yang menonton video tersebut.

Banyak yang geli hati melihat gelagat wanita tersebut. Sememangnya terdapat sedikit rasa belas kasihan kepada beliau kerana semestinya sakit apabila terkena palang tersebut.

teamnetizen.com - Padah Leka Melihat Handphone, Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate

Namun, tingkahlakunya yang terlalu fokus terhadap telefon bimbitnya menyebabkan beliau terkena hentakan tersebut. Tambahan pula, beliau tidak nampak prihatin ketika melintas jalan dan kereta yang sedang meluru kearahnya.

teamnetizen.com - Padah Leka Melihat Handphone, Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate

Dekat sini kami nak kongsikan beberapa perkaran yang lebih penting untuk dilihat ketika berjalan daripada telefon bimbit anda.

1. Kereta yang mendatang. Kalau kita dah tahu kita akan melintas jalan yang mempunyai kenderaan yang diperbuat daripada besi dan bergerak dalam keadaan yang laju, rasa-rasanya pihak logik akal akan mengatakan untuk ita lihat sama ada ada kereta atau tidak.

2. Halangan yang berada di atas kepala. Mungkin kita sedang menuruni tangga yang agak rendah silingnya. Pastikan anda tunduk sedikit supaya tidak terhantuk. Dalam kes ini, mungkin halangan di atas kepala anda adalah palang besi!

teamnetizen.com - Padah Leka Melihat Handphone, Kepala Wanita Terhantuk Ke Palang Barrier Gate

3. Orang sekeliling. Yang ini lagi satu pengundang maslah lagi lagi dalam kawasan perjalanan yang agak ramai orangnya seperti di stesen keretapi sewaktu kemuncak. Semua orang sedang bergegas untuk ke destinasi mereka sendiri. Jangalah kita menjadi halangan di tengah jalan kerana asyik melihat telefon kita.

4. Orang yang berjalan bersama. Kalau kita berjalan dalam kumpulan ataupun berdua, fokus anda sepatutnya kepada orang yang berada di sebelah anda, bukan skrin telefon. Yang lebih menjengkelkan apabila ibu bapa yang berjalan bersama anak-anak kecil, lepas itu biaarkan anaknya berkeliaran, walhal mereka bagai terlekat dengan skrin telefon.

VIDEO:

Tak salah kalau nak gunakan handphone tapi tengok-tengoklah juga tempat dimana anda nak guna handphone tu. Selamat atau tidak. Seeloknya kalau tengah berjalan, kalau ada benda penting yang memerlukan anda memeriksa handphone anda, anda berhentilah berjalan dan tengok. Jangan berjalan sambil melihat handphone!


SUMBER : teamnetizen.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...