EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

'Kepala Abam sakit bagai dicucuk-cucuk': Norwahidah

0 month ago, 10-Feb-2020

HASRAT Allahyarham Abam Bocey untuk mengadakan majlis makan bersama keluarga kelmarin tidak kesampaian apabila dia demam dan tidak mempunyai selera makan.

Kakaknya, Sharifah Norwahidah Syed Mohd Ridzuan, 41, berkata, adiknya sudah membeli lima kilogram siput dan sotong untuk tujuan itu.

"Dia teringin sangat nak makan gulai siput dengan keladi. Selain keluarga, dia juga nak ajak beberapa rakan. Namun disebabkan dia tak sihat, perancangan ini tak jadi dan kami nak buat pada hari lain. Dia memang suka buat makan-makan untuk keluarga. Dia orang yang tak berkira dengan adik beradik," katanya.

Norwahidah berkata, dia mendesak Abam supaya mendapatkan rawatan di klinik tetapi adiknya enggan berbuat demikian.

"Dia tak nak dan hanya makan ubat tahan sakit. Dia berkali-kali mengadu kepalanya sakit sangat-sangat. Saya hairan juga kerana sepanjang yang saya tahu, Abam tak pernah ada masalah kesihatan.

"Setakat demam-demam itu biasalah. Tapi sakit kali ini amat luar biasa sehinggakan dia kata kepalanya seperti dicucuk-cucuk. Memang tak pernah dia kena begitu.

Semalam, dia tidur awal jam 9 malam. Apabila sakit, dia selalunya akan jadi pendiam. Biasanya dia makan ubat dan tidur," katanya.

Norwahidah yang tinggal di bahagian belakang rumah adiknya itu berkata, dia tahu mengenai berita sedih itu apabila seorang lagi adiknya yang juga pelawak, Ali Puteh memaklumkan kematian Abam menerusi kumpulan aplikasi WhatsApp keluarga.

"Saya sudah sampai di pejabat dan amat terkejut apabila dapat berita ini, katanya.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, meninggal dunia di kediamannya di Gombak kira-kira jam 8.30 pagi.

Kejadian ini disedari isterinya, Nor Hidayah yang mahu mengejutkannya untuk solat Subuh.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...