EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kenyataan laporan media Australia, ABC terhadap The Epoch Times

0 month ago, 22-Jul-2020

Pada 21 Julai yang lalu, Australian Broadcasting Corporation (ABC) telah menyiarkan satu video dan program radio yang menggambarkan The Epoch Times dalam konteks propaganda yang digunakan untuk menyerang pengamal Falun Gong.

Tindakan menerbitkan program berkenaan tanpa meminta respon daripada The Epoch Times secara jelas telah melanggar piawaian editorialnya sendiri, yang perlu dipatuhi memandangkan ia merupakan sebahagian daripada piagamnya.

Setelah menyedari bahawa program itu bakal disiarkan, pihak The Epoch Times telah menghubungi ABC pada 17 Julai lalu sebagai usaha untuk menanggapi segala tuduhan.

SAEED KHAN/AFP via Getty Images

Namun setakat ini, ABC masih tidak berusaha untuk meminta dan mendapatkan respon secara langsung daripada pihak The Epoch Times.

Serangan ABC terhadap Falun Gong berlaku pada ulang tahun ke-21 penganiayaan amalan berkenaan oleh Parti Komunis China (PKC), yang bermula pada 20 Julai 1999.

ABC menggunakan naratif sama yang digunakan PKC dalam propaganda menyerang Falun Gong. Mereka memilih individu yang akan ditemu ramah bagi menunjukkan pandangan negatif mengenai The Epoch Times.

Sebagai penyiar berita nasional Australia, ABC amat disegani namun sebagai negara yang bebas menentang komunis China dan pengaruhnya, tindakan ABC ini seolah-olah tidak wajar.

Ini kerana, PKC sebelum ini hanya boleh bermimpi sahaja untuk menghasilkan propaganda seperti itu oleh sebuah saluran berita Barat yang terkemuka.

Laporan ini muncul setelah bertahun-tahun ABC berusaha untuk membuat perjanjian perniagaan dengan PKC, sementara usaha China didokumentasikan dengan baik untuk memperluaskan pengaruhnya dan memanfaatkan media Barat.

Misalnya pada tahun 2014, ABC telah menandatangani perjanjian eksklusif dengan Shanghai Media Group yang dikatakan mampu memberikan mereka akses paling luas kepada khalayak China daripada mana-mana penyiar Barat.

Menerusi artikel pada Jun 2017, ABC mengakui bahawa syarikat itu bekerjasama dengan rakan kongsi di China dalam perjanjian merangkumi segalanya, daripada hiburan hinggalah pengaturcaraan berita.

Selain itu, pengarah urusan ABC ketika itu, Michelle Guthrie juga dipercayai melakukan perjalanan ke Beijing untuk bertemu rakan kongsi, termasuklah wakil CCTV.

Persoalannya, adakah pegawai media di China terlibat secara langsung dengan laporan yang meyerang pengamal Falun Gong dan The Epoch Times? Atau ABC hanya mengikuti sahaja telunjuk PKC agar ia dapat mengukuhkan pernigaan mereka?

The Epoch Times adalah saluran media bebas yang dimulakan oleh imigran dari China di Amerika dan tidak berpihak, menyokong mana-mana parti atau calon politik serta bebas daripada pemerintah dan korporat.

Sejak 20 tahun yang lalu, rejim PKC telah berusaha untuk menyerang dan menutup operasi The Epoch Times. Oleh itu, laporan yang salah oleh media Barat sebegini ternyata akan memperkuatkan usaha PKC.

Sungguhpun begitu, The Epoch Times tidak akan menyerah kalah. Kami memiliki sumber daya nasional yang besar dan akan kekal bertahan walaupun terdapat laporan media Barat yang memusuhi.

Dan sudah tiba masanya untuk organisasi media Barat merenung kembali tanggungjawab media. Adakah untuk mempertahankan kebebasan atau memenuhi segala kehendak rejim komunis?

Kenyataan laporan media Australia, ABC terhadap The Epoch Times Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...