EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 31 Ogos 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

0 month ago, 31-Aug-2021

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

31 OGOS 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 31 Ogos 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 18,465 kes (1,461,727 kes kumulatif, 83.7%);
  • Kes baharu : 20,897 kes (1,746,254 kes kumulatif);
  • Kes import : 1 kes (warganegara);
  • Kes tempatan : 20,896 kes [18,326 warganegara (87.7%); 2,570 bukan warganegara (12.3%)];
  • Kes aktif : 267,863 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU):1,005 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 464 kes;
  • Kes kematian : 282 kes [16,664 kes kumulatif, 0.95%;
  • 238 warganegara, 44 bukan warganegara;
  • 98 kes BID (63 warganegara; 35 bukan warganegara)];
  • Jumlah kluster : 4,731 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 22 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 3,256 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 1,475 kluster.

Daripada 20,897 kes harian yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 422 kes (2.0 peratus) adalah daripada kategori 3, 4 dan 5. Manakala sebanyak 20,475 kes (98.0 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2. Ini adalah berdasarkan keadaan klinikal kes semasa baharu didiagnosa COVID-19. Ada di antara kes kekal di kategori yang sama sepanjang tempoh jangkitan, namun ada juga yang berubah status kesihatan kes sama ada bertambah baik ke kategori lebih rendah atau merosot ke kategori lebih tinggi.

Secara keseluruhan, 15,371 kes (73.6 peratus) daripada jumlah kes yang dilaporkan pada hari ini tiada atau tidak lengkap vaksinasi. Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius. Diharapkan ini akan mengurangkan jangkitan COVID-19 di dalam negara, terutamanya kes di kategori 3 hingga 5. Status vaksinasi COVID-19 mengikut kategori adalah seperti Rajah 1. 

Rajah 1 Status Imunisasi COVID-19 Harian Mengikut Kategori

Sebanyak 282 kes kematian pada hari ini yang melibatkan 139 kes di Selangor, 52 kes di Johor, 21 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 15 kes di Sabah, 12 kes di Pulau Pinang, 11 kes di Kedah, sembilan (9) kes di Kelantan, tujuh (7) kes di Pahang, lima (5) kes di Melaka, masing-masing tiga (3) kes di Negeri Sembilan dan Perak, dua (2) kes di Terengganu, sertamasing-masing satu (1) kes di Perlis, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.

KADAR KEBOLEHJANGKITAN COVID-19 ATAU R0 /RT (STATUS SEHINGGA 30 OGOS 2021)

Berdasarkan data terkini pada 30 Ogos 2021, nilai RT Malaysia adalah sebanyak 1.02. Negeri yang mencatatkan nilai RT yang tertinggi adalah Perlis (nilai RT 1.22), diikuti oleh Sarawak (nilai1.19), dan Sabah (nilai RT 1.12). Semua negeri mencatatkan nilai RT melebihi 1.0 kecuali Melaka, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Wilayah Persekutuan Labuan, dan Negeri Sembilan.

Perincian jumlah dan purata kes mengikut negeri, kes-kes kematian, kluster-kluster baharu, dan  nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1, 2, 3, 4, dan 5 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-64

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan besar hatinya mengucapkan Hari Kebangsaan Ke-64 kepada semua warga Malaysia. Sempena hari yang bersejarah ini juga, KKM ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pejuang barisan hadapan dan petugas balik tabir yang telah bertungkus lumus berjuang menentang musuh Negara yang kini sedang mengancam dunia, iaitu COVID-19. Tidak dilupakan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia yang tetap patuh kepada Prosedur Operasi Standard (SOP).  Bersama-samalah kita sebagai satu pasukan dalam memelihara kesejahteraan ibu pertiwi kita ini dengan segera mendapatkan vaksin bagi yang layak dan mematuhi SOP. Semoga Malaysia merdeka daripada ancaman virus ini dan dapat segera hidup seperti sediakala.

Salam kemerdekaan. #MalaysiaPrihatin

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

31 Ogos 2021 @ 6:45 petang.

LAMPIRAN 1


LAMPIRAN 2

 LAMPIRAN 3

Perincian 20,897 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 31 Ogos 2021 mengikut jenis saringan adalah seperti berikut: 

NEGERIJUMLAH KESKLUSTERKONTAK RAPATIMPORT A*LAIN-LAIN
SELANGOR4,3711492,28711,934
SABAH2,594401,573981
SARAWAK2,2851001,753432
JOHOR2,1591521,104903
KEDAH1,942461,198698
PULAU PINANG1,7321275651,040
KELANTAN1,47969951459
PERAK1,204116482606
WP KUALA LUMPUR1,0037503493
PAHANG798164516118
TERENGGANU60825439144
MELAKA41780206131
NEGERI SEMBILAN215997109
 PERLIS6432932
WP PUTRAJAYA251510
WP LABUAN11
JUMLAH KESELURUHAN20,8971,08711,71818,091

* Import A merujuk kepada kes penularan dari luar negara

LAMPIRAN 4

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 31 OGOS 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Paku Minyak BekuTempat KerjaJohorBatu Pahat1547
2Industri Parit JuTempat KerjaJohorBatu Pahat1186
3Jalan Tanjung LabohTempat KerjaJohorBatu Pahat1166
4Jalan Sawit Baru EnamTempat KerjaJohorKulai9113
5Kawasan Perindustrian 11Tempat KerjaKelantanKota Bharu, Bachok, dan Pasir Mas1426
6Jalan Pasar Pengkalan ChepaTempat KerjaKelantanKota Bharu1222
7Ladang RenjokTempat KerjaPahangBentong56155
8Ladang Sri TelangTempat KerjaPahangLipis3597
9Industri Dua Batu 16 Setengah RawangTempat KerjaSelangorGombak5663
10Industri Meranti Jaya 10Tempat KerjaSelangorSepang1371
11Sawit JerocoTempat KerjaSabahLahad Datu55249
12Kampung NipahKomunitiKelantanBachok1422
13Beris PanchorKomunitiKelantanBachok1114
14Kampung ChandangKomunitiKelantanPasir Mas717
15Kampung Kubang Gendang ChetokKomunitiKelantanPasir Mas510
16Kampung Sungai SiaKomunitiPahangRaub9299
17NasakotKomunitiSabahRanau3197
18Kampung Pecah RotanKomunitiTerengganuKuala Nerus dan Kuala Terengganu95548
19Kampung Nelayan BenutKomunitiJohorPontian25159
20Jalan USJ 1/3BKumpulan Berisiko TinggiSelangorPetaling1626
21Dah Gajah MatiKumpulan Berisiko TinggiKedahKota Setar, Pendang, Kuala Muda, Kulim, dan Bandar Baharu2958
22DTI Sepang 3Pusat TahananSelangorSepang185336


LAMPIRAN 5

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 30 OGOS 2021

NEGERINILAI RT
 PERLIS1.22
SARAWAK1.19
SABAH1.12
PULAU PINANG1.10
JOHOR1.09
KEDAH1.05
KELANTAN1.05
PERAK1.05
TERENGGANU1.03
PAHANG1.01
SELANGOR0.93
MELAKA0.90
WP PUTRAJAYA 0.88
WP KUALA LUMPUR0.83
NEGERI SEMBILAN0.82
WP LABUAN0
MALAYSIA1.02


SUMBER : kpkesihatan.com



Live Website Traffic


loading...