EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 18 Oktober 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

5 hours ago, 18-Oct-2021

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT

CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

18 OKTOBER 2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 18 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 8,435 kes (2,278,955 kes kumulatif, 95.1%);
  • Kes baharu : 5,434 kes (2,396,121 kes kumulatif);
  • Kes import : 5 kes (1 warganegara; 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 5,429 kes [5,050 warganegara (93.0%); 379 bukan warganegara (7.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 682 kes (622 kes disahkan COVID-19 ; 60 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan) ;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 357 kes (286 kes disahkan COVID-19 ; 71 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan)
  • Jumlah kluster : 5,687 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 15 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 5,031 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 656 kluster.

Daripada 5,434 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 151 kes (2.8 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 5,283 kes (97.2 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.

Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

18 Oktober 2021 @ 6:00 petang.

LAMPIRAN 1

KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 18 OKTOBER 2021

NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Berjaya LapanTempat KerjaJohorJohor Bahru5193
2Jalan Industri Utama GrisekTempat KerjaJohorTangkak26102
3Jalan Bakau KluangTempat KerjaJohorKluang19108
4Jalan Gambir DuaTempat KerjaJohorTangkak1233
5Industri Dua Jalan Bukit KemuningTempat KerjaSelangorKlang49100
6Jalan Suasa BantingTempat KerjaSelangorKuala Langat2248
7Kampung Kelubi Pasir PutehTempat KerjaKelantanPasir Puteh, Kota Bharu, dan Tanah Merah1723
8Putai 2Tempat KerjaSarawakBukit Mabong30106
9Jalan TangsiTempat KerjaWP Kuala LumpurCheras, Kepong, dan Titiwangsa1147
10Gunung Besout DuaKomunitiPerakBatang Padang49163
11Bidor StesenKomunitiPerakBatang Padang3362
12Jalan Pantai Permai SembilanPendidikan LainWP Kuala LumpurLembah Pantai771
13Seri SertingPendidikan LainNegeri SembilanJempol22124
14Kampung Bukit TembakauKeagamaanMelakaJasin dan Melaka Tengah4768
15Jalan Camar TigaKumpulan Berisiko TinggiJohorJohor Bahru1558


LAMPIRAN 2

NILAI RT MENGIKUT NEGERI

BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN

PADA 17 OKTOBER 2021 

NEGERINILAI RT
WP PUTRAJAYA 1.04
NEGERI SEMBILAN1.03
WP KUALA LUMPUR0.99
MELAKA0.96
SELANGOR0.96
PERLIS0.95
KELANTAN0.93
SABAH0.89
TERENGGANU0.86
JOHOR0.86
PAHANG0.85
PULAU PINANG0.85
KEDAH0.85
PERAK0.81
SARAWAK0.77
WP LABUAN0
MALAYSIA0.88


SUMBER : kpkesihatan.com



Live Website Traffic


loading...