EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 6 Julai 2020 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

1 month ago, 06-Jul-2020

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa terdapat 11 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini. Jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 dan telah discaj daripada wad adalah sebanyak 8,476 kes (97.8 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Mapping baru BM - 6 July-01

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Sehingga 6 Julai 2020 pukul 12:00 tengah hari, terdapat lima (5) kes baharu yang telah dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,668 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 71 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Ingin dimaklumkan daripada lima (5) kes baharu yang dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara yang melibatkan dua (2) warganegara Malaysia dan satu (1) bukan warganegara (pemastautin tetap).

Dua (2) kes penularan di dalam negara melibatkan:

  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: satu (1) kes bukan warganegara iaitu saringan di dalam komuniti oleh Pejabat Kesihatan Daerah; dan
  • Selangor: satu (1) kes warganegara Malaysia iaitu saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 (kes ke-8649). Kes baru ini merupakan ahli keluarga kepada kes ke-8649;

Sehingga kini, terdapat dua (2) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Kedua-dua kes tersebut memerlukan bantuan pernafasan.

Adalah dimaklumkan bahawa tiada pertambahan kes kematian berkaitan COVID-19 dilaporkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah kekal sebanyak 121 kes (1.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

GRAF-NEW-White-Update-case-number-covid-19-01 (1)

STATUS TERKINI INDIVIDU DI BAWAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN DI RUMAH (HOME SURVEILLANCE ORDER) BAGI COVID-19

KKM ingin memaklumkan status terkini bilangan Person Under Surveillance (PUS) yang didiscaj dari pusat kuarantin pada 10 Jun 2020 dan kemudiannya diletakkan di bawah Home Surveillance Order (HSO). Sehingga 6 Julai 2020 jam 12 tengah hari, daripada jumlah 5,804 individu di bawah arahan HSO ini, 414 orang masih perlu menjalani ujian COVID-19 hari ke-13. Jumlah ini adalah 206 orang kurang daripada jumlah yang telah dilaporkan pada 2 Julai 2020. Selebihnya, iaitu 5,390 orang telah diberi pelepasan atau Home Release Order selepas saringan hari ke-13 didapati negatif. Namun, bilangan ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan maklumat yang diperolehi dari Pejabat Kesihatan Daerah dan Jabatan Kesihatan Negeri.

Kita perlu mengambil iktibar daripada situasi di Negeri Victoria di Australia yang membuat pengumuman untuk menutup 55 laluan masuk di sempadan negeri itu dengan New South Wales (NSW) selepas kes COVID-19 kembali meningkat di sana. Ini susulan daripada jangkitan virus itu kembali menular di beberapa bandar utama dan salah satu faktornya ialah berlaku pelanggaran SOP oleh penduduk yang pulang dari luar negara di pusat-pusat kuarantin.

Pihak KKM ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama semua pengembara yang pulang ke Malaysia, dalam pematuhan kepada syarat-syarat perintah ini termasuk hadir ke Klinik Kesihatan atau klinik swasta untuk membuat saringan hari ke-13. KKM juga menyampaikan penghargaan kepada pihak Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas kerjasama mereka dalam aktiviti pengesanan individu yang perlu menjalani saringan hari ke-13. KKM berharap agar pengembara yang pulang ke Malaysia terus memberi kerjasama kepada pihak KKM dan patuh kepada syarat-syarat di bawah HSO.

HARI ZOONOSIS SEDUNIA 2020

Hari Zoonosis Sedunia disambut setiap tahun pada 6 Julai di seluruh dunia bagi menyatakan komitmen berterusan untuk mencegah, mengawal dan membasmikan penyakit-penyakit zoonosis, serta meningkatkan pengetahuan dan kesedaran orang ramai mengenai penyakit zoonosis. Selain itu, pada tarikh ini juga Louis Pasteur telah berjaya mencipta vaksin rabies pada tahun 1885, iaitu vaksin pertama bagi merawat dan mencegah penyakit zoonosis.

Penyakit zoonosis adalah penyakit berjangkit yang berlaku antara haiwan dan manusia. Ia mempunyai hubungan rapat di antara manusia, haiwan serta persekitaran di mana manusia dan haiwan saling berinteraksi. Penyakit ini boleh disebabkan oleh pelbagai patogen penyakit seperti virus, bakteria, kulat dan parasit. Setiap tahun dijangkakan satu (1) daripada tiga (3) orang di dunia akan dijangkiti penyakit zoonosis.

Sempena sambutan Hari Zoonosis Sedunia 2020 ini, KKM berharap penglibatan orang ramai dalam pencegahan penyakit-penyakit zoonosis dapat dipertingkatkan, melalui:

  1. Amalkan kebersihan kendiri yang tinggi dengan kerap mencuci tangan dengan sabun dan air yang bersih terutamanya selepas mengendalikan haiwan;
  2. Lindungi diri anda untuk mencegah daripada digigit oleh nyamuk, pinjal dan kutu;
  3. Elakkan dari digigit atau dicakar oleh haiwan;
  4. Simpan, masak dan kendalikan makanan dengan cara yang betul dan selamat. Pastikan daging atau bahan mentah yang lain dimasak secukupnya sebelum dimakan; dan
  5. Pastikan aktiviti riadah atau rekreasi dilakukan di tempat yang diselenggara dengan baik serta dalam keadaan yang bersih.

Jika dibandingkan prevalens penyakit zoonosis dari tahun-tahun yang lepas, didapati terdapat penurunan kes penyakit-penyakit ini. Amalan kebersihan kendiri yang tinggi dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Negara kita sememangnya telah menyumbang kepada penurunan kes penyakit zoonosis seperti Leptospirosis, Rabies, Brucellosis, Japanese Encephalitis, Q Fever dan Malaria Knowlesi. Berikut adalah perbandingan bilangan kes dari tahun 2016 sehingga ke Jun 2020:

zoonosis

 

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

Pihak KKM menyeru agar orang ramai terus kekal waspada dan amalkan nasihat-nasihat kesihatan yang disarankan oleh KKM iaitu:

  • Elakkan 3S / 3C:iaitu elakkan kawasan yang sesak (Crowded place), elakkan kawasan yang sempit (Confined space) dan elak sembang atau bertutur dengan jarak yang dekat (Close conversation).

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Amalkan 3W:iaitu kerap mencuci tangan dengan air dan sabun (Wash), sangat digalakkan memakai alat pelitup separuh muka (penutup hidung dan mulut – facemask) di tempat awam atau jika bergejala (Wear), dan (Warn) iaitu amaran dari KKM yang lebih berkonsep peringatan seperti:
    • Elakkan bersalaman / bersentuhan;
    • Amalkan etika batuk dan bersin;
    • Dapatkan rawatan segera jika bergejala;
    • Duduk di rumah dan elakkan kunjung-mengunjung;
    • Lakukan aktiviti disinfeksi dan pembersihan di kawasan yang kerap disentuh.

Selain itu, ingatlah kepada S.O.P, iaitu:

  • S:Syarat-syarat seperti yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP);
  • O:Orang yang berisiko tinggi seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU) perlu dilindungi, individu tidak sihat dan bergejala dikehendaki segera menjalani pemeriksaan kesihatan;
  • P:Penjarakan sosial (social distancing) diamalkan pada setiap masa iaitu sekurang-kurangnya 1 meter.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

6 Julai 2020 @ 5.00 petang

BILANGAN KES COVID-19 MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 6 JULAI 2020, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *( )BILANGAN KES KUMULATIF
PERLIS018
KEDAH097
PULAU PINANG0121
PERAK0258
SELANGOR2 (1)2,062
NEGERI SEMBILAN01,027
MELAKA0256
JOHOR1 (1)693
PAHANG0365
TERENGGANU0111
KELANTAN0157
SABAH0378
SARAWAK1 (1)572
W.P. KUALA LUMPUR12,439
W.P. PUTRAJAYA097
W.P. LABUAN017
JUMLAH KESELURUHAN5 (3)8,668

*( ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

SEJARAH PENYAKIT ZOONOSIS DI MALAYSIA

BIL.PENYAKITTAHUN BERLAKURINGKASAN
1Nipah1998 – 1999Wabak bermula di Sungai Nipah, Bukit Pelandok, Port Dickson, Negeri Sembilan dalam kalangan mereka yang mengendalikan khinzir. Ia menyebabkan 265 kes dengan diagnosa acute encephalitis. Daripada jumlah tersebut 105 telah meninggal dunia.

 

Virus penyebab jangkitan ini merupakan satu virus baru (Novel) dan telah diberi nama bersempanan dengan tempat ia ditemui iaitu Sungai Nipah. Punca jangkitan dipercayai dari kelawar.

2SARS2003Wabak di Malaysia bermula dengan satu kes yang mempunyai sejarah melawat China pada Mac 2003. Pada akhir wabak ini, sebanyak lima (5) kes disahkan dijangkiti virus Coronavirus baru (novel) iaitu SARS-CoV. Seramai 129 kontak dikenalpasti dan semuanya sihat. Punca jangkitan adalah musang (civet cat).

 

3Avian influenza2004Avian influenza adalah endemik di rantau Asia Timur termasuk China, Thailand dan beberapa buah negara IndoChina. Ia ditularkan oleh burung yang berpindah dari satu negara ke negara lain (migratory bird) akibat perubahan cuaca .

Kejadian avian influenza dilaporkan di Malaysia:

2004 Kelantan

2006 WPKL, Perak, Pulau Pinang

2007 – Selangor

2017 Kelantan

2018 Sabah

4Rabies2017 hingga sekarangMalaysia telah bebas rabies tetapi pada 2015, rabies dalam kalangan anjing telah dilaporkan di Perlis. Berikutan itu, survelan rabies pada anjing telah diperkukuhkan. Pulau Pinang, Perak dan Kedah ada melaporkan kes pada anjing. Tiada kes pada manusia dilaporkan.

 

Pada tahun 1 Julai 2017, Sarawak telah melaporkan kes rabies pada manusia. Berikutan itu, survelan pada anjing dipertingkatkan dan banyak anjing didapati positif rabies. Sehingga kini, 24 kes disahkan rabies telah dilaporkan dengan 23 kematian. Taburan kes rabies pada manusia adalah semuanya di Sarawak seperti di bawah:

2017 6

2018 10

2019 – 6

2020 2

 

5LeptospirosisPenyakit leptospirosis telah wajib dinotifikasikan pada Disember 2010. Setiap tahun purata kes yang dilaporkan adalah dalam lingkungan 4,000 ke 4,500 kes.

Pada tahun ini, sehingga 27 Jun 2020, sebanyak 1,484 kes dilaporkan berbanding dengan 2,589 pada tahun 2019 untuk tempoh yang sama.

6SalmonellosisPenyakit zoonosis yang ditularkan melalui makanan. Lazimnya ia disebabkan pencemaran dan cara pengendalian bahan mentah yang tidak higenik serta cara memasak yang tidak sempurna.

Satu contoh kejadian salmonellosis adalah keracunan makanan akibat memakan puding telur yang dilaporkan berlaku di Terengganu.

7BrucellosisPenyakit zoonosis yang kerap dikaitkan dengan meminum susu mentah tidak dipasteurkan. Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah meningkatkan kesedaran penternak mengenai kepentingan pempasteuran dan telah membantu mengadakan kemudahan pempasteuran bagi penternak kecil-kecilan.
8Q FeverJangkitan berkaitan dengan pengendalian haiwan ternakan/ ruminan seperti lembu dan kambing. Kes ini pernah dilaporkan di Malaysia pada tahun 2017.

 

PRESS STATEMENT

MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA

UPDATES ON THE CORONAVIRUS DISEASE 2019 (COVID-19)

SITUATION IN MALAYSIA

6 July 2020

Current Status of Confirmed COVID-19 Cases Who Have Recovered

The Ministry of Health (MOH) would like to inform that 11 cases have fully recovered and discharged well today. Cumulatively, 8,476 confirmed COVID-19 cases have fully recovered (97.8% of total cumulative cases).

NewMapping Bi 6 July-01

Current Situation of COVID-19 in Malaysia

6 July 2020, 12 pm A total of five (5) additional confirmed COVID-19 cases were reported to the National Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) MOH today. Cumulatively there are now 8,668 confirmed COVID-19 cases in Malaysia. Therefore, there are currently 71 active and infective COVID-19 cases. They have all been isolated and given treatment.

Of the five (5) additional cases reported today, three (3) are imported cases who were infected overseas, involving two (2) Malaysians and one (1) non-Malaysian (a permanent resident).

The two (2) local transmission cases are:

  • Kuala Lumpur 1 case: Non-Malaysian; screening in the community by the District Health Office.
  • Selangor 1 case: Malaysian; screening of close contacts to a confirmed COVID-19 case (Case 8,649). This new case is a family member of Case 8,649.

Currently, two (2) confirmed COVID-19 cases are receiving treatment in intensive care units (ICUs) and both patients are on ventilation support.

Fortunately, no additional COVID-19 death was reported to the National CPRC MOH today. Cumulatively, there are now 121 COVID-19 deaths in Malaysia (1.39% of total cumulative cases).

NEW-White-Update-case-number-covid-19 (1)

Current Status of Individuals Placed Under the Home Surveillance Order for COVID-19

MOH would like to update on the current status of the number of the Person Under Surveillance (PUS) released from quarantine centres on 10 June 2020, and subsequently placed under the Home Surveillance Order (HSO). As of 6 July 2020, 12 pm, out of a total of 5,804 individuals placed under the HSO, 414 individuals have not yet undergone the day 13 COVID-19 testing. This number is 206 individuals less than the number reported on 2 July 2020. So far 5,390 individuals have been given the Home Release Order after the day 13 screening tests were found to be negative. This figure will be updated regularly based on information obtained from the District Health Offices and the State Health Departments.

We need to learn from the situation in the state of Victoria, Australia that made the announcement to close all 55 entrances at the state border with New South Wales following escalation of COVID-19 cases. This is due to the spread of the virus in several major cities, and one of the factors contributing is because of the Standard Operating Procedure (SOP) infringement at quarantine centres by individuals returning from overseas.

MOH would like to thank the cooperation of all travellers returning to Malaysia for complying to all of the terms under the HSO, including attending health clinics or private clinics for the day 13 screening. MOH also expresses its appreciation to the District Health Offices and the Royal Malaysian Police for their cooperation in tracking down individuals who had to undergo the day 13 screening. MOH hopes that all travellers returning to Malaysia will continue to cooperate with MOH and comply to the terms under the HSO.

World Zoonoses Day 2020

The World Zoonoses Day is celebrated annually on 6 July worldwide as an expression of ongoing commitment to prevent, control and eradicate zoonotic diseases, as well as increase public awareness and knowledge on zoonotic diseases. In addition, on this date, Louis Pasteur successfully created the rabies vaccine in 1885, the first vaccine to treat and prevent zoonotic diseases.

Zoonosis is an infectious disease that occurs between animals and humans. It has close relationships between humans, animals and the environment in which humans and animals interact. The disease can be caused by various pathogens such as viruses, bacteria, fungi and parasites. Each year it is estimated that one of the three people in the world will be infected with zoonotic diseases.

In conjunction with the celebration of World Zoonoses Day 2020, MOH hopes for public involvement in the prevention of zoonotic diseases can be improved through:

  1. Practice good personal hygiene by regular hand washing with soap and clean water especially after handling animals.
  2. Protect yourself to prevent bites from mosquitoes, ticks and fleas.
  3. Avoid getting bitten or scratched by animals.
  4. Store, cook and handle food properly and safely. Make sure that meat or other raw ingredients are cooked thoroughly before eating.
  5. Make sure that recreational activities are carried out in a well-maintained, clean and well-kept locations.

Comparing the prevalence of zoonotic diseases from previous years, currently there has been a decline in cases. The practice of good personal hygiene and the implementation of the Movement Control Order (MCO) in our country have in fact contributed to the reduction of zoonotic diseases such as Leptospirosis, Rabies, Brucellosis, Japanese Encephalitis, Q Fever and Malaria Knowlesi. A comparison of the number of cases from year 2016 through June 2020 is shown in Table 1 below:

A history of Zoonotic Diseases in Malaysia is shown in Appendix 2.

Table 1 Number of Zoonotic Diseases Cases in Malaysia

2016201720182019Jun 2020
Leptospirosis5,2854,3655,0565,2171,484
Rabies061062
Brucellosis264240100
JE492228367
Q Fever66100
Malaria Knowlesi1,6003,6144,1313,2221,156

Health Advisory on COVID-19

MOH urges the public to remain vigilant and continue to practice all of the health advisories issued by the MOH, that includes:

  • Avoid the 3Cs: Crowded places; Confined spaces; and Close conversations

WhatsApp Image 2020-06-26 at 3.10.48 PM

  • Practice the 3Ws: Wash hands frequently with water and soap; Wearing facemasks are strongly encouraged in public areas or if symptomatic; Warn self and others for the following, in line with MOHs advisories:
    • Avoid shaking hands or touching others
    • Practice good coughing and sneezing etiquette
    • Seek early treatment if symptomatic
    • Stay at home and avoid from visiting others
    • Regularly clean and disinfect commonly touched surfaces in common areas

In addition to the SOPs, continue to adhere to THiS:

  • T: Terms set under the Recovery Movement Control Order (RMCO)
  • Hi: High-risk groups such as children, infants, older adults and the disabled must be protected, and if unwell with symptoms, to seek early treatment
  • S: Safe social distancing is practiced at all times, of at least 1 metre away from others

MOH will continue to monitor the development of the COVID-19 situation, both in the country as well as internationally, based on available information from the World Health Organization (WHO). The public will be continuously updated on the latest information. In addition, MOH will ensure that appropriate preventive and control measures are continuously implemented.

Thank you.

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Director General of Health Malaysia

6 July 2020 @ 5.00 pm

Number of Confirmed COVID-19 Cases in Malaysia, by States

(Cumulative, as of 6 July 2020, 12 pm)

StateNo. of New Cases *Cumulative
Perlis018
Kedah097
Pulau Pinang0121
Perak0258
Selangor2 (1)2,062
Negeri Sembilan01,027
Melaka0256
Johor1 (1)693
Pahang0365
Terengganu0111
Kelantan0157
Sabah0378
Sarawak1 (1)572
WP Kuala Lumpur12,439
WP Putrajaya097
WP Labuan017
Total5 (3)8,668

*( ) refers to imported confirmed COVID-19 case

Appendix 2

History of Zoonotic Diseases in Malaysia

DiseaseYearSummary
1.Nipah1998 to 1999The outbreak began at Sungai Nipah, Bukit Pelanduk, Port Dickson, Negeri Sembilan among individuals handling pigs. It caused 265 cases of acute encephalitis. Of these, 105 have died.

This infection was caused by a new (novel) virus,that has been named after the place where it was found, the Nipah River. The source of infection is believed to be from bats

2.SARS2003The outbreak in Malaysia began with a case who has a history of visiting China in March 2003. At the end of the outbreak, five (5) cases were confirmed to be infected with the new (novel) Coronavirus virus, the SARS-CoV. A total of 129 contacts were identified and all were asymptomatic. The source of infection was from civet cats.
3.Avian influenza2004Avian influenza is endemic in the East Asian region including China, Thailand and several IndoChina countries. It is transmitted by birds migrating from one country to another (migratory bird) as a result of climate change.

Avian influenza incidents reported in Malaysia:

2004 – Kelantan

2006 – Kuala Lumpur, Perak, Penang

2007 – Selangor

2017 – Kelantan

2018 – Sabah

4.Rabies2017 till presentMalaysia has been rabies free, however in 2015, rabies among dogs were reported in Perlis. As a result, rabies surveillance in dogs has been strengthened. Penang, Perak and Kedah have reported cases in dogs. No human cases were reported then.

On 1 July 2017, Sarawak reported a case of rabies in humans. As a result, surveillance of dogs has been strengthened and many dogs were diagnosed with rabies. To date, 24 confirmed human cases of rabies have been reported, with 23 deaths. All of these rabies cases in humans were in Sarawak:

2017 – 6 cases

2018 – 10 cases

2019 – 6 cases

2020 – 2 cases

5.LeptospirosisLeptospirosis disease notification became mandatory in December 2010. Each year, the average reported cases ranged from 4,000 to 4,500 cases.

This year, as of 27 June 2020, 1,484 cases have been reported compared to 2,589 cases in 2019 for the same time period.

6.SalmonellosisA zoonotic disease transmitted through food; it is usually due to contamination and poor handling of raw ingredients as well as poor cooking.

An example of salmonellosis is food poisoning caused by eating egg pudding reported in Terengganu.

7.BrucellosisA zoonotic disease often associated with drinking raw unpasteurised milk. The Department of Veterinary Services has increased the awareness of farmers on the importance of pasteurisation and has helped provide pasteurisation facilities for small-scale farmers.
8.Q FeverA zoonotic disease related to handling livestock and ruminants such as cattle and goats. A case was reported in Malaysia in 2017.

SUMBER : kpkesihatan.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...