EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 15 Januari 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

4 hours ago, 15-Jan-2021
save 2.0

STATUS TERKINI KES DISAHKAN COVID-19 YANG TELAH PULIH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini bilangan kes sembuh COVID-19 adalah sebanyak 1,939 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 115,227 kes (76.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

STATUS TERKINI KES COVID-19 DI MALAYSIA

Pada hari ini, 15 Januari 2021, negara kita melaporkan kes harian sebanyak 3,211 kes. Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia sebanyak 151,066 kes. Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula adalah 35,253 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan COVID-19 dalam negara pula adalah sebanyak 3,206 kes. Bagi kes penularan di dalam negara, 2,045 kes adalah warganegara Malaysia manakala 1,161 kes adalah bukan warganegara.

Selangor masih melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 889 kes (27.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 658 kes (74.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Johor sebanyak 535 kes (16.7 peratus) dan Sabah sebanyak 514 kes (16.0 peratus).

Sebanyak 12 kes (0.4 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Tembok Kemus (6 kes), Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes), Kluster Matambai (2 kes), Kluster Telok Mas (1 kes), dan Kluster Penjara Jalan Harapan (1 kes).

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

Sehingga kini, terdapat 204 kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 87 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian COVID-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 586 kes (0.39 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Ringkasan kes kematian hari ini adalah seperti berikut:

No. KematianNo. KesNegeriJantina (Warganegara)Umur (tahun)Hospital/Tempat KematianLatar Belakang
57978827SabahLelaki (WN)66Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu
580105193SabahLelaki (WN)78Hospital Queen Elizabeth, Kota KinabaluPenyakit kencing manis, darah tinggi, psoriasis, dan dislipidemia  
581126597SelangorLelaki (WN)79Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan jantung
582126621SelangorLelaki (WN)50Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang kronik, dan Meningioma
583137805KedahLelaki (WN)62Hospital Sultanah Bahiyah, Alor SetarPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
584145000SelangorLelaki (WN)66Hospital Sungai BulohPenyakit obstruktif paru-paru kronik (COAD)
585145537SelangorPerempuan (WN)76Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dan buah pinggang kronik
586146620JohorPerempuan (BWN)72Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, KluangPenyakit kencing manis, darah tinggi, dislipidemia, dan kebutaan

*WN merujuk kepada warganegara dan BWN merujuk kepada bukan warganegara.

KKM mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mereka.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Sehingga 15 Januari 2021, terdapat sebanyak 635 kluster telah dilaporkan termasuk 12 kluster baharu pada hari ini. Jumlah kluster yang telah tamat pula adalah sebanyak 351 kluster, termasuk empat (4) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Bah Medan, Kluster Jalan Dalam, Kluster Nibong, dan Kluster Dermaga. Ini menjadikan jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 284 kluster. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 85 kluster melaporkan pertambahan kes pada hari ini. Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi adalah Kluster Bukit Pasir (171 kes), Kluster Tapak Bina Damai (130 kes), dan Kluster Beringin (112 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 12 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  • KLUSTER JALAN TELOK GONG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Jalan Telok Gong, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 191 individu telah disaring, di mana 108 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LINGKARAN LINTANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Klang di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 3 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah kilang. Nama kluster merujuk kepada gabungan nama lokasi kilang dan asrama pekerja di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Lingkaran Sultan Hishamuddin dan Lintang Sultan Mohamad 1B, Pelabuhan Klang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 205 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SELATAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru di Johor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan yang terletak di Persiaran Southkey. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 209 individu telah disaring, di mana 61 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN KLUANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-137341) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Berikutan kes indeks yang dilaporkan tersebut, saringan telah dijalankan ke atas kontak rapat di tempat kerja kes indeks dan seramai 17 lagi individu dikesan positif COVID-19. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kilang tersebut yang terletak di Jalan Kluang. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 42 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PERANI

Kluster ini melibatkan daerah Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-110214) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di sebuah masjid yang terletak di Bandar Sri Perani, Kota Tinggi. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 81 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG BATURONG

Kluster ini melibatkan daerah Kunak di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-131469) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan di tempat kerja. Kluster ini berpunca dari sebuah majlis keraian tertutup dan seterusnya telah merebak kepada pekerja-pekerja yang tinggal di Perumahan Pekerja, Ladang IOI Baturong 3, Kunak. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 1,625 individu telah disaring, di mana 54 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER LADANG MATAMBA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lahad Datu di Sabah. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 6 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah ladang. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif  iaitu di Ladang Matamba, Lahad Datu. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 89 individu telah disaring, di mana 20 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TAPAK BINA DAMAI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 15 Januari 2021 hasil saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kes-kes yang dikesan positif berlaku  iaitu di Alam Damai, Cheras. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 161 individu telah disaring, di mana 130 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PONDOK HIDAYAH

Kluster ini melibatkan daerah Machang di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-138166) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 11 Januari 2021. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti kes-kes dalam kluster ini berlaku iaitu di Pondok Hidayah yang terletak di Batu 31, Machang, Kelantan. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 100 individu telah disaring, di mana 15 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KOTA ROAD

Kluster ini melibatkan daerah Kinta dan Larut, Matang dan Selama di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-133240) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster ini merujuk kepada lokaliti tempat kerja kes indeks iaitu di sebuah bank di Jalan Kota, Taiping, Perak. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 54 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER TEMBOK KEMUS

Kluster pusat tahanan ini melibatkan daerah Alor Gajah di Melaka. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 14 Januari 2021 hasil saringan tahanan di Penjara Satelit AFamosa yang terletak di Jalan Kemus Lama, Alor Gajah. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 151 individu telah disaring, di mana 22 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER RESTORAN PUTRA

Kluster tempat kerja ini melibatkan sebuah restoran yang terletak di Presint 9, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-120817) merupakan kes Severe Acute Respiratory Infections (SARI) dan telah dilaporkan positif COVID-19 pada 4 Januari 2021. Sehingga 15 Januari 2021, sejumlah 29 individu telah disaring, di mana 19 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

PEMERKASAAN APLIKASI MYSEJAHTERA 

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa, mulai 15 Januari 2021, pengguna MySejahtera yang telah didaftarkan sebagai kes positif COVID-19 di Pusat Kesiapsagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) KKM akan diberi notifikasi menerusi SMS dan Push Notification melalui MySejahtera. Pengguna tersebut akan mendapat nasihat dan pelan susulan penilaian kendiri. Aplikasi MySejahtera juga akan memberi peringatan kepada para pengguna setiap hari untuk melakukan penilaian pemantauan gejala COVID-19 di bahagian Perlu dilakukan bagi tempoh 10 hari berturut-turut. Sekiranya pengguna bergejala, maklumat tersebut akan terus disalurkan ke COVID-19 Assessment Centre (CAC) dan pengguna akan dihubungi oleh petugas kesihatan untuk penilaian lanjut. 

Bagi memperkasakan pengguna yang positif untuk melaporkan sendiri kepada KKM, pengguna juga boleh membuat pelaporan kendiri sekiranya mereka telah disahkan positif dan sedang menunggu panggilan dari KKM. Mereka boleh ke MySejahtera HelpDesk di halaman utama aplikasi MySejahtera dan ikuti arahan di ruang G. Orang ramai dinasihati untuk mengemaskini aplikasi MySejahtera dan menggunakan sepenuhnya semua fungsi dalam aplikasi tersebut.

Adalah diharapkan dengan pengemaskinian aplikasi MySejahtera ini, pengurusan semua kes positif COVID-19 dapat berjalan dengan lebih lancar dan memenuhi keperluan semua pengguna. Ini adalah selaras dengan hasrat KKM untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 dalam kalangan komuniti dengan lebih berkesan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

15 Januari 2021 @ 6.00 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 15 JANUARI 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR889 (1)44,053
SABAH51442,802
WP KUALA LUMPUR401 (4)17,446
JOHOR53512,291
NEGERI SEMBILAN709,539
PULAU PINANG1945,907
PERAK744,206
KEDAH1423,978
PAHANG702,077
SARAWAK601,980
WP LABUAN91,864
MELAKA581,856
KELANTAN 791,728
TERENGGANU92753
WP PUTRAJAYA24515
PERLIS071
JUMLAH KESELURUHAN3,211 (5)151,066

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 3,211 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 15 Januari 2021 adalah seperti berikut: 

  • Selangor: 889 kes 
    • 299 kes daripada kluster-kluster, termasuk 127 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Telok Gong dan Kluster Lintaran Lintang;
    • 359 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 230 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 535 kes
    • 345 kes daripada kluster-kluster, termasuk 80 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Selatan, Kluster Jalan Kluang, dan Kluster Kampung Perani;
    • 118 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 72 kes daripada lain-lain saringan COVID-19. 
  • Sabah: 514 kes 
    • 62 kes daripada kluster-kluster, termasuk 48 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Ladang Baturong dan Kluster Ladang Matamba;
    • 319 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 133 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 401 kes  
    • 156 kes daripada kluster-kluster, termasuk 130 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Damai;
    • 125 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Empat (4) kes import dari luar negara; dan
    • 116 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 194 kes 
    • 114 kes daripada daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 41 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 142 kes
    • 32 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 47 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 63 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Terengganu:  92 kes
    • 70 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 17 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lima (5) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 79 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Pondok Hidayah;
    • 35 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 19 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 74 kes
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster, termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kota Road;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 29 kes lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 70 kes
    • 20 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 70 kes
    • Lima (5) kes daripada kluster sedia ada;
    • 39 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 60 kes
    • 50 kes daripada kluster-kluster sedia ada; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 58 kes
    • 14 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam (6) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tembok Kemus;
    • 22 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 22 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: 24 kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster-kluster, termasuk empat (4) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Restoran Putra;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Lapan (8) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Labuan: Sembilan (9) kes
    • Dua (2) kes daripada kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.


SUMBER : kpkesihatan.com



Live Website Traffic


loading...