EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 19 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia

0 month ago, 19-Jan-2022

SITUASI SEMASA JANGKITAN PENYAKIT CORONAVIRUS 2019 (COVID-19) DI MALAYSIA

19 JANUARI 2022

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 19 Januari 2022 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh: 2,848 kes (2,744,203 kes kumulatif, 97.4%)
  • Kes baharu : 3,229 kes (2,817,163 kes kumulatif);
  • Kes import : 239 kes (175 warganegara; 64 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 2,990 kes [2,899 warganegara (97.0%); 91 bukan warganegara (3.0%)];
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 162 kes (133 kes disahkan COVID-19; 29 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan: 76 kes (55 kes disahkan COVID-19; 21 kes disyaki, kemungkinan, dan kes dalam siasatan);
  • Jumlah kluster : 6,255 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 20 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 6,054 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 201 kluster.

Daripada 3,229 kes harian yang dilaporkan pada hari ini;

  • 38 kes (1.2 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
  • 3,191 kes (98.8 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.

Perincian nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Jadual 1 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

Jadual 1: Nilai Rt Mengikut Negeri Berdasarkan Kes Yang Dilaporkan Pada 18 Januari 2022

NEGERINILAI RT
WP KUALA LUMPUR1.08
NEGERI SEMBILAN1.06
MELAKA1.04
JOHOR1.03
KEDAH1.03
SABAH1.01
SELANGOR1.01
PAHANG0.97
PULAU PINANG0.96
PERAK0.94
KELANTAN0.90
TERENGGANU0.78
PERLIS0.00
WP LABUAN0.00
WP PUTRAJAYA 0.00
SARAWAK0.00
MALAYSIA0.99

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit, dan sembang dengan jarak yang dekat);
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear, and Warn);
  • Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan;
  • Amalkan TRIIS (Trace, Report, Isolate, Inform, and, Seek) sebelum menghadiri aktiviti sosial atau sekiranya bergejala; dan
  • Dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius dan bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok.

Dengan pengambilan vaksin dan dos penggalak, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita.

KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

19 Januari 2022 @ 6:30 petang



SUMBER : kpkesihatan.com



Live Website Traffic


loading...