EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenyataan Akhbar KPK 12 April 2021 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia

7 hours ago, 12-Apr-2021

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 12 April 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 1,052 kes (345,005 kes kumulatif, 95.3%);
  • Kes baharu : 1,317 kes (362,173 kes kumulatif);
  • Kes import : 12 kes (8 warganegara, 4 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 1,305 kes [1,107 warganegara (84.8%); 198 bukan warganegara (15.2%)];
  • Kes aktif : 15,835 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) : 188 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 84 kes;dan
  • Kes kematian : 4 kes (1,333 kes kumulatif, 0.37%; 4 warganegara).

Pada hari ini, Sarawak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 351 kes (26.7 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 256 kes (72.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat kes positif COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Selangor sebanyak 303 kes (23.0 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 116 kes (8.8 peratus).

Sebanyak lapan (8) kes (0.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (6 kes), Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes), dan Kluster DTI Sepang 2 (1 kes).

Terdapat empat (4) kes kematian pada hari ini yang melibatkan dua (2) kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan masing-masing satu (1) kes di Sabah dan Selangor. Kesemua kes melibatkan warganegara. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga mereka.

Perincian penuh jumlah kes mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2, manakala ringkasan kes kematian mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 3 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

MAKLUMAT TERKINI BERKAITAN KLUSTER-KLUSTER

Berikut adalah maklumat terkini berkaitan kluster-kluster di Malaysia sehingga 12 April 2021:

  • Jumlah kluster : 1,469 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 10 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat :1,124 kluster [termasuk lapan (8) kluster yang tamat pada hari ini iaitu Kluster Batu Tiga Lama, Kluster Jambatan Satu Bombalai, Kluster Bukit Bayas, Kluster Jalan Distripark B6, Kluster Jalan DPB Enam, Kluster Lorong Murni, Kluster Perusahaan Amari, dan Kluster Meranti Utama];
  • Jumlah kluster aktif : 345 kluster;
  • Jumlah kluster dengan pertambahan kes baharu pada hari ini : 51 kluster; dan
  • Kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Sungai Kluang Empat (33 kes), Kluster Sungai Kluang Satu (32 kes), dan Kluster Industri Balakong Lapan (30 kes).

KLUSTER BAHARU

KKM juga ingin memaklumkan terdapat 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini yang melibatkan tujuh (7) kluster tempat kerja dan tiga (3) kluster komuniti.

Perincian kluster-kluster baharu adalah seperti di Lampiran 4 yang disertakan bersama kenyataan media ini.

No.Nama KlusterNegeriKategori Kluster
1LeepangPahangTempat Kerja
2Indera Mahkota TigaPahangTempat Kerja
3 Industri Balakong LapanSelangorTempat Kerja
4Jalan Perjiranan EmpatJohorTempat Kerja
5Jalan Stadium EmpatKelantanTempat Kerja
6Ara MurniTerengganuTempat Kerja
7Persiaran SalahuddinWP PutrajayaTempat Kerja
8KabuKedahKomuniti
9Kampung Paya PulaiPahangKomuniti
10Jalan Canning EstatePerakKomuniti


NASIHAT KESIHATAN SEMPENA BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK

Tahun ini merupakan tahun kedua seluruh umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan dalam suasana pandemik COVID-19. Namun begitu, kemeriahan bulan ibadat dan perayaan ini tetap dapat diraikan dengan penuh keberkatan dan kesabaran serta mengamalkan norma-norma baharu demi memastikan rantaian jangkitan COVID-19 ini dapat diputuskan.

Seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara, tahun ini masyarakat berpeluang untuk mengunjungi bazar Ramadhan namun beberapa negeri telah memutuskan untuk mengambil langkah lebih berjaga-jaga memandangkan jumlah kes harian COVID-19 masih tidak stabil di beberapa negeri. Sehubungan dengan itu, KKM ingin menyeru kepada masyarakat agar tidak leka dan mengambil iktibar daripada penyebaran jangkitan COVID-19 daripada aktiviti sosial seperti kunjung-mengunjungi ke rumah rakan-rakan dan sanak saudara; perjalanan rentas negeri; atau menghadiri perhimpunan besar-besaran.

KKM ingin menasihatkan agar semua individu untuk sentiasa berwaspada dan mengelakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat. Ini termasuk keluar dari rumah tanpa ada keperluan yang penting, menghadiri perhimpunan atau keraian berbuka puasa secara besar-besaran, dan bersesak-sesak di bazar Ramadhan. KKM khuatir aktiviti-aktiviti yang tidak terkawal seperti ini akan mengakibatkan peningkatan penularan jangkitan COVID-19 di dalam komuniti.

Sepanjang Ramadhan ini juga, KKM ingin mengingatkan  masyarakat agar mengamalkan empat (4) kunci keselamatan makanan bagi memastikan makanan yang disediakan untuk ahli keluarga yang tersayang adalah bersih dan selamat iaitu:

1.        Gunakan bahan mentah yang segar dan air yang bersih;

2.        Gunakan peralatan yang berasingan untuk makanan mentah bagi mengelakkan pencemaran kepada makanan yang telah dimasak;

3.        Masak makanan dengan sempurna dan pastikan ianya dimakan dalam tempoh tidak melebihi dari empat (4) jam; dan

4.        Simpan makanan pada suhu yang bersesuaian dan tidak melebihi tiga (3) hari di dalam peti sejuk.

Disamping itu juga, KKM berharap agar masyarakat sentiasa mengambil makanan yang sihat dan seimbang pada setiap masa dengan mengamalkan konsep 3M iaitu:

1.        Masak di rumah jika boleh. Ini dapat membantu mengawal penggunaan minyak, gula, dan garam berlebihan dalam makanan;

2.        Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari untuk meningkatkan kesihatan tubuh badan; dan

3.        Minum air kosong sekurang-kurangnya lapan (8) gelas sehari serta elakkan minuman yang mempunyai kandungan gula tinggi seperti minuman berkarbonat.

Masyarakat dinasihatkan agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Aktiviti Masjid dan Surau (7 April 2021) dan SOP Sektor Makanan Bazar Aidilfitri dan Bazar Ramadhan (29 Mac 2021) yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Kerjasama daripada semua lapisan masyarakat amatlah diperlukan agar negara dapat melandaikan keluk pandemik COVID-19 ini.

Sempena menyambut bulan Ramadhan ini, KKM juga ingin mengucapkan selamat berpuasa dan selamat menjalankan ibadah Ramadhan kepada semua rakyat Malaysia. Semoga Ramadhan pada tahun ini dapat dijalani dengan penuh kesabaran, keikhlasan, ketakwaan, dan mendapat keberkatan.

NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19

KKM ingin menasihati orang ramai agar terus patuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu;

  • Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
  • Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn)

Patuhlah kepada S.O.P sebagai normal baharu. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. Orang ramai akan sentiasa dimaklumkan sebarang perkembangan terkini mengenainya. Begitu juga, KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya adalah dilaksanakan secara berterusan.

Sekian, terima kasih.

TAN SRI DATO SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH

KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA

12 April 2021 @ 5.30 petang.

LAMPIRAN 1

BILANGAN KES COVID-19

MENGIKUT NEGERI DI MALAYSIA

(SEHINGGA 12 APRIL 2021, JAM 12:00 TENGAH HARI)

NEGERIBILANGAN KES BAHARU *(    )BILANGAN KES KUMULATIF
SELANGOR303120,358
SABAH10955,906
JOHOR 61 (1)42,368
WP KUALA LUMPUR116 (11)38,981
SARAWAK 35120,352
PULAU PINANG11217,675
NEGERI SEMBILAN6317,617
PERAK2113,792
KEDAH478,853
KELANTAN   587,177
MELAKA116,774
PAHANG 324,552
TERENGGANU223,779
WP LABUAN02,411
WP PUTRAJAYA91,239
PERLIS2339
JUMLAH KESELURUHAN1,317 (12)362,173

*(   ) adalah merujuk kepada kes-kes import

LAMPIRAN 2

Perincian 1,317 kes positif COVID-19 baharu yang dilaporkan di Malaysia pada 12 April 2021 adalah seperti berikut: 

  • Sarawak: 351 kes
    • 21 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 235 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 95 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Selangor: 303 kes 
    • 69 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Industri Balakong Lapan;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 59 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 116 kes  
    • 63 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • 11 kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 112 kes 
    • 63 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 21 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sabah: 109 kes 
    • 35 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 48 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 26 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Negeri Sembilan: 63 kes
    • Lapan (8) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 55 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 61 kes  
    • 27 kes daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Perjiranan Empat;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kelantan: 58 kes 
    • 21 kes daripada kluster-kluster, termasuk 10 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Stadium Empat;
    • 28 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Sembilan (9) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Kedah: 47  kes
    • 18 kes daripada kluster-kluster, termasuk tiga (3) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kabu;
    • 19 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 10 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pahang: 32 kes
    • 31 kes daripada kluster-kluster, termasuk 30 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Leepang, Kluster Indera Mahkota Tiga, dan Kluster Kampung Paya Pulai; dan
    • Satu (1) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19.
  • Terengganu: 22 kes
    • 16 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ara Murni;
    • Tiga (3) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perak: 21 kes
    • Sembilan (9) kes daripada kluster-kluster, termasuk lapan (8) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Canning Estate;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Tiga (3) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Melaka: 11 kes
    • Satu (1)  kes daripada kluster sedia ada;
    • Sembilan (9) kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Wilayah Persekutuan Putrajaya: Sembilan (9) kes
    • Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Persiaran Salahuddin;
    • Satu (1) kesdaripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • Satu (1) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Perlis: Dua (2) kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

LAMPIRAN 3

Ringkasan empat (4) kes kematian pada 12 April 2021 adalah seperti berikut:

No.   KematianNegeriJantina (warganegara)Umur (tahun)Hospital / Tempat KematianLatar Belakang
1330SelangorLelaki (WN)45Hospital Sungai Buloh
1331WP Kuala Lumpur Perempuan (WN)62Hospital Sungai BulohPenyakit kencing manis, darah tinggi, dan buah pinggang kronik
1332WP Kuala LumpurLelaki (WN)74Hospital Canselor Tuanku Muhriz, CherasPenyakit kencing manis, darah tinggi, jantung, dislipidemia, dan buah pinggang kronik
1333SabahLelaki (WN)58Jenazah dibawa ke Hospital TawauPenyakit darah tinggi, jantung, dan dislipidemia

*WN merujuk kepada warganegara.

LAMPIRAN 4

Perincian 10 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini iaitu:

  1. KLUSTER LEEPANG

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Rompin di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359058) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Leepang A Estate, Muadzam Shah. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 62 individu telah disaring, di mana 23 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDERA MAHKOTA TIGA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-355719) dilaporkan positif COVID-19 pada 8 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan IM 3/10, Indera Mahkota, Kuantan. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 145 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER INDUSTRI BALAKONG LAPAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 8 April 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan KPB 8, Kawasan Perindustrian Balakong, Seri Kembangan, Petaling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 202 individu telah disaring, di mana 56 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN PERJIRANAN EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-359833) dilaporkan positif COVID-19 pada 11 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja dan pelanggan-pelanggan sebuah pusat kecergasan yang terletak di Jalan Perjiranan 4, Bandar Dato Onn, Johor Bahru. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 285 individu telah disaring, di mana 19 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER JALAN STADIUM EMPAT

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kota Bharu, Bachok, Pasir Mas, Pasir Puteh, dan Tumpat di Kelantan. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354432) merupakan kes  Influenza-like Illness (ILI) yang dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak berhampiran Jalan Stadium 4, Kota Bharu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 263 individu telah disaring, di mana 35 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER ARA MURNI

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357585) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Jalan Ara Murni, Kuala Berang, Hulu Terengganu. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 156 individu telah disaring, di mana 16 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER PERSIARAN SALAHUDDIN

Kluster tempat kerja ini melibatkan Wilayah Persekutuan Putrajaya dan daerah Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357733) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Presint 1, WP Putrajaya. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 92 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KABU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Baling, Kota Setar, Kuala Muda, dan Kulim di Kedah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-354366) dilaporkan positif COVID-19 pada 7 April 2021 hasil saringan individu bergejala.  Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks yang terletak di Kampung Lubuk Kabu, Kuala Pegang, Baling. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 59 individu telah disaring, di mana 21 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  • KLUSTER KAMPUNG PAYA PULAI

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Temerloh di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-357567) dilaporkan positif COVID-19 pada 9 April 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Paya Pulai, Batu 4, Jalan Maran, Temerloh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 44 individu telah disaring, di mana 10 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

  1. KLUSTER JALAN CANNING ESTATE

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kinta di Perak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-358798) dilaporkan positif COVID-19 pada 10 April 2021 hasil saringan kendiri. Kluster ini melibatkan sebuah aktiviti sosial yang diadakan di Jalan Canning Estate, Taman Canning, Ipoh. Sehingga 12 April 2021, sejumlah 60 individu telah disaring, di mana 39 kes dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.



SUMBER : kpkesihatan.com



Live Website Traffic


loading...