EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenapa Nak Saman? Dikecam Gara-Gara Isu 2 Tahun Lepas, Sharifah Sakinah Maafkan Penyebar Video

1 month ago, 23-Feb-2021

Beberapa hari lepas, nama Sharifah Sakinah dan Janna Nick trending di Twitter gara-gara sebuah video yang dikaitkan dengan pemergian bintang kpop, Jong-hyun. Difahamkan, isu mula timbul apabila seorang individu memuat naik kembali video lama tersebut ke aplikasi TikTok.

Penyebaran video tersebut ternyata telah mencetuskan rasa tidak puas hati peminat sehingga mereka menyerang ruangan peribadi kedua-dua pelakon tersebut. Walaupun Sharifah Sakinah telah membuat permohonan maaf beberapa tahun lalu, perkara ini masih lagi hangat.

Advertisement

Di Instagram, seorang individu mempersoalkan niat pengguna Tiktok mengeluarkan kembali video dua tahun lepas sehingga mencetuskan perbalahan di antara netizen. Malah, individu ini tertanya-tanya adakah Sakinah akan mengemukakan saman.

Menjawab kepada pertanyaan tersebut, Sakinah berkata tiada sebarang tindakan undang-undang akan diambil kepada penyebar video. Katanya lagi, dia memaafkan serta meminta maaf di atas apa yang terjadi.

Malah, pengikut yang lain turut menjelaskan khabar angin pelajar Malaysia di Korea terkena tempias adalah palsu.

Kenapa Nak Saman? Dikecam Gara-Gara Isu 2 Tahun Lepas, Sharifah Sakinah Maafkan Penyebar Video first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...