www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kenapa kita perlu bangunkan wilayah Islam?

0 month ago, 10-Nov-2018


HUJAH 1
Kerana asal usul penubuhan dan pemerintahan sesebuah negara adalah bagi menjaga Agama Islam itu sendiri.

Iaitu bagi memastikan semua perintah Syarak dalam Al-Quran dan Sunnah dapat dilaksanakan keseluruhannya.

Kata Ibnu Taimiyah:
Sesugguhnya tujuan segala pemerintahan dalam Islam adalah untuk menjadikan agama itu seluruhnya bagi Allah semata-mata, dan memastikan kalimah Allah itu adalah yang TERTINGGI. Maka sesungguhnya Allah s.w.t mencipta makhluk bagi tujuan tersebut. Dan dengan itu Allah menurunkan kitab-kitab dan Rasul-Rasulnya. Dan di atas jalan inilah Rasullah dan orang-orang beriman berjihad (Majmu` al-Fatawa, jil. 28, m/s 61)

Ini selari dengan penjelasan Al-Imam Al-Juwayni yang menegaskan bahawa tujuan atau maqasid yang paling utama dalam Siyasah Syar`iyyah ialah menjaga Agama. Apa yang dituntut oleh Syarak ialah supaya manusia berpegang teguh dengan agama, bertaqwa serta berpegang teguh dengan apa yang mendekatkan manusia kepada Allah. (Al-Ghiyathi, m/s 180)

HUJAH 2
Kerana banyak arahan Allah dan Rasul-Nya tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya TANPA kekuatan dalam bentuk sebuah negara. Cuba baca ayat-ayat Al-Quran di bawah (sebagai contoh) dan fikirkan adakah logik ia boleh dilaksanakan oleh umat Islam secara individu?

Ali Imran: 104
An-Nisa: 58
An-Nisa: 59
Al-Anfal: 39
At-Taubah: 29
At-Taubah: 60
At-Taubah: 73
Al-Hasyr: 7
At-Tahrim: 9

Kutipan dan agihan zakat, seruan jihad, jizyah, penegakan keadilan melalui garis panduan Syariah dalam segenap bidang seperti ekonomi, pendidikan dan penghakiman (qadha) yang turut merangkumi hukuman jenayah (hudud dan takzir) sebagai contoh, semuanya memerlukan kekuatan sebuah negara untuk melaksanakannya.

Dalam hal ini, pemimpin negara lah yang menjadi wakil umat Islam dan bertanggungjawab melaksanakan nas-nas Syarak tersebut yang pada asalnya ditujukan pada seluruh umat.

Belum cerita lagi pelbagai tanggungjawab lain yang perlu dipikul pemimpin negara yang semestinya beragama Islam termasuk menjaga sempadan dan mengurus rakyat, menegakkan dakwah dengan hujah dan pedang, menghalang penyelewengan dan kezaliman, membela orang yang dizalimi daripada orang yang zalim, mendapatkan hak hak daripada mereka yang enggan dan menunaikannya kepada orang yang berhak sepertimana yang dinyatakan Al-Juwayni. (Al-Ghiyathi, m/s 22)

Sebab itu jugalah kita sentiasa tegaskan bahawa pemimpin negara mestilah didominasi oleh orang Islam. Logikkah segala arahan Syarak tersebut dilaksanakan oleh bukan Islam?

Ini bukan isu diskriminasi kaum atau agama, tetapi isu bagaimana nak tunaikan hak Allah dalam melaksanakan perintah-Nya secara menyeluruh, demi keadilan dan kebahagian seluruh manusia di dunia dan akhirat.

Kata Al-Juwayni lagi, Allah mendokong Agama ini dengan keterangan dan hujah yang jelas kemudian mengelilinginya (menjaganya) dengan KEKUATAN, SYAUKAH, sokongan dan pemimpin yang menjaga/menyelia umat Islam. (Al-Ghiyathi, m/s 144)

HUJAH 3
Kerana inilah sebenarnya tabiat (nature) Agama Islam, yang semakin ramai lupakan.

Agama dan Negara tidak terpisah: Ini bukan hanya berpandukan ijtihad sebahagian ulama sahaja, yang sesetengah pihak anggap boleh berubah mengikut zaman, tidak sesuai dengan waqi` Malaysia yang berbilang Agama, dan pelbagai alasan lain lagi.

Sedangkan penegakan negara Islam merupakan satu tuntutan Syarak berdasarkan banyak nas Al-Quran dan Sunnah, malah menjadi Ijmak Sahabat dan Tabin. (Al-Mawardi, Al-Ahkam Al-Sultaniyyah, m/s 5)

Inilah sebenarnya yang tidak dinginkan oleh musuh Islam sejak ribuan tahun lalu. Allah sendiri telah mengiktiraf perkara ini, di mana punca KEDENGKIAN yahudi terhadap Rasulullah adalah disebabkan pangkat dan kuasa yang dimiliki Rasulullah dalam mentadbir Negara, seperti mana yang difirmankan-Nya:

???? ??????????? ???????? ?????? ??? ???????? ???????? ??? ???????? ? ?????? ???????? ??? ???????????? ?????????? ????????????? ????????????? ???????? ????????
Atau patutkah mereka dengki kepada manusia (Nabi Muhammad dan umatnya) disebabkan nikmat (pangkat Nabi dan ugama Islam) yang telah diberikan oleh Allah kepada mereka dari limpah kurniaNya? Kerana sesungguhnya Kami telahpun memberi kepada keluarga Ibrahim: Kitab (ugama) dan hikmat (pangkat Nabi), dan kami telah memberi kepada mereka kerajaan yang besar. (Al-Nisa: 54)

Wallah Alam.

Ustaz Ahmad bin Khairuddin

www.indahnyaislam.my

-

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)


SUMBER : indahnyaislam.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts