www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kenapa Perlembagaan Guna Tetapi Tidak Dan

0 month ago, 06-Dec-2018


Oleh: Nizam at-Takiri

KUALA NERUS Di dalam Perlembagaan Persekutuan , tertulis Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan, tetapi agama lain boleh diamalkan dengan aman dan bebas, tidak digunakan dan, kenapa?

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dato Dr Mohd Khairuddin Aman Razali yang mempersoalkan demikian, memberitahu, kerana ianya membawa maksud berbeza.

Kalau menggunakan perkataan dan dalam perlembagaan berkenaan, ia memberi makna yang amat berlainan iaitu agama lain bebas menyebarkan agama mereka kepada orang Islam, tegas beliau.

Bendahari Dewan Ulama PAS Pusat itu memberitahu demikian ketika berceramah di Program Ceramah Perdana Isu-isu Semasa berkenaan ICERD di Dewan Besar, Pusat Rehabilitasi, Seberang Takir di sini pada 4 Disember.

Orang ramai yang hadir memenuhi dewan
Sebab inilah kita menentang ICERD kerana Islam adalah Agama Persekutuan yang paling tinggi dan agama lain tidak boleh sebarkan agama mereka kepada orang Islam, jelas beliau.

Bersama beliau turut berceramah ialah Prof. Dr. Ridhuan Tee Abdullah, seorang penceramah bebas yang turut mengulas berkenaan bahaya ICERD kepada orang Melayu Islam.

Majlis tersebut juga dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato Seri Haji Ahmad Razif bin Haji Abdul Rahman dan pemimpin-pemimpin setempat.



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts