EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenapa kementerian sedang disiasat sertai pasukan khas MITRA, soal Ahli Parlimen DAP

0 month ago, 22-Nov-2021



Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto berkata, siasatan terhadap MITRA harus dijalankan secara adil dan telus.

KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai komposisi pasukan khas menyiasat kesahihan dokumen Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), yang sedang disiasat berhubung dakwaan menyalahgunakan dananya.

Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) bertanya bagaimana Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di bawah Kementerian Perpaduan Negara boleh menyertai pasukan khas itu, sedangkan kementerian terbabit sedang disiasat.

Bagaimanakah SPRM boleh membentuk pasukan khas dengan agensi kerajaan di bawah kementerian yang sedang disiasat atas salah urus dana awam? soalnya ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 di peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Tidak ada cara lainkah untuk menjalankan siasatan sedemikian? Adakah SPRM tidak mempunyai…

Klik sini untuk baca artikel penuh.

:



SUMBER : hotfm.audio



Live Website Traffic


loading...