www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kenali 6 Tiang-Tiang penting di dalam Raudhah

0 month ago, 17-Apr-2019


Assalamualaikum, selamat sejahtera dan Salam Syaaban,

Berikut merupakan 6 tiang penting yang ada di dalam Raudhah. Setiap tiang-tiang ini mempunyai kisah yang hebat dan menarik.

Antara Tiang tersebut ialah:-

1. Tiang Sarir

Tiang ini ialah tiang dimana suatu masa dahulu adalah tempat Nabi Muhammad SAW berehat dan sebagai pangkin Saidatina Aishah R.A menyikat dan menyisir rambut Nabi.

Anak panah berwarna Hijau merupakan Tiang Sarir

2. Tiang Ali/ Tiang Pengawal

Tiang ini dahulu adalah tiang yang digunakan sebagai tempat untuk mengawal rumah Nabi Muhammad S.A.W, dimana pengawalnya diketuai oleh Saidina Ali RA.

3. Tiang Wufud (Deligasi)

Suatu masa dahulu di tiang ini digunakan oleh Nabi Muhammad untuk berjumpa dengan pemimpin dari deligasi luar yang datang ke Madinah untuk berjumpa dengan Baginda SAW.

4. Tiang Aishah

Tiang ni sangat istimewa, dimana ditiang inilah Nabi Muhammad SAW selalu mengerjakan solat Tahajut dan solat Taubat setiap malam. Tiang ini juga turut disukai oleh Saidina Abu Barq dan Saidina Umar. Kalau kita masuk ke dalam Raudhah, cubalah untuk bersolat di tepi atau belakang tiang ini. Minta doa banyak-banyak.

5. Tiang Abu Lubabah (Tiang Taubat)

Tiang ini adalah tiang Abu Lubabah yg telah melakukan kesilapan dengan berbohong kepada Nabi Muhammad SAW, akibat rasa bersalah pada Nabi Muhammad SAW dia mengikat dirinya di tiang ini selama 3 hari. Dan tiang ini digelar tiang taubat Abu Lubabah.

Anak panah berwarna Biru merupakan Tiang Abu Lubabah/ Tiang Taubat

6. Tiang Muhallaqah

Tiang ini dahulu adalah sebatang pokok kurma, batang pokok ini menangis dan bunyinya seperti seekor anak unta, kerana dia tidak mahu ditukarkan dengan batang pokok yang baharu. Lalu Nabi Muhammad SAW berkata kepada pokok tersebut, “kau akan kekal dengan aku di syurga dengan batang pokok macam ini” barulah pokok kurma ini diam dan ditukar dengan tiang yang baru. Tiang ini juga dikenali dengan ‘tiang wangi’.

7. Mehrab Nabi

Ini Mehrab Nabi (Mehrab baru) di Mehrab ini lah nabi gunakan untuk solat berjemaah bersama sahabat-sahabat beliau. Jikalau tuan-tuan berpeluang masuk ke dalam Raudah cuba lah utk solat betul-betul depan mehrab ini, seolah-olah telah bersujud di telapak kaki Nabi. Di Mehrab ini juga Saidina Umar di tikam oleh Abu lulu’ah al-Majusi semasa beliau mengimamkan solat subuh.

Menurut perkongsiannya di facebook, beliau berkongsi nama-nama tiang di Raudhah bertujuan untuk kongsikan maklumat kepada semua dan khusus kepada jemaah beliau yang kadang-kadang mereka tidak tahu tujuan masuk ke Raudhah untuk solat dan berdoa di tempat-tempat yang mustajab. Bagi mereka, dapat masuk ke Raudhah sudah memadai.

Beliau juga menulis info tersebut untuk rujukan diri sendiri.

Kredit fb Azrul Zabani




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts