EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kenali Emiliano Buendia, Pemain Kacak Yang Menjadi Buruan Arsenal

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Pemain Norwich City, Emiliano Buendia merupakan salah seorang pemain yang sedang diburu oleh pengurus Arsenal, Mikel Arteta bagi membantu beliau menamatkan musim ini di kedudukan terbaik.

Beberapa pemain senior seperti Alexander Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang nampaknya tidak dapat memainkan peranan dengan baik, sementara Willian dan Nicolas Pepe juga gagal menghadirkan impak yang diharapkan.

Dengan Mesut Ozil dikhabarkan sudah semakin hampir menuju jalan keluar dari Emirates, maka jelas kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu memerlukan seorang pemain yang kreatif agar dapat mengembalikan kesegaran buat kelab utara London tersebut.

Emiliano Buendia is one of the options on Arsenal's list. The Arsenal board are now focused on selling/loaning out players [Sokratis, zil after Kolasinac] and then theyll work to new signings. [@FabrizioRomano] pic.twitter.com/WlkQRhVhNa

AFTV (@AFTVMedia) January 5, 2021

Maka Buendia adalah pilihan terbaik kerana pemain berusia 24 tahun itu sudah pun masak dengan corak permainan bola sepak Inggeris. Berikut adalah latar belakang pemain ini.

Sempat berguru di Real Madrid

Dilahirkan di sebuah pekan kecil di Mar del Plata yang terletak di bahagian selatan wilayah Buenos Aires, Buendia telah mula bermain bola sepak ketika berusia lima tahun bersama sebuah akademi kelab tempatan, Cadates de San Martin.

Selepas enam tahun bakatnya diasah di kelab tersebut, kemahiran teknikal dan kepintarannya dalam memahami taktikal telah menarik perhatian bekas pemain Argentina, Juan Esnaider.

Lalu beliau telah diperkenalkan kepada akademi kelab ternama Sepanyol, Real Madrid. Bagaimanapun Buendia yang baru berusia 11 tahun ketika itu agak bergelut untuk menyerlah di sana.

Namun nasibnya agak baik selepas meninggalkan Real, satu lagi kelab Sepanyol Getafe berminat untuk menandatanganinya bagi meneruskan pembangunan bakatnya di Eropah.

Buendia is a 23-year old Argentine who plays for Norwich as a winger or attacking midfielder. He started his career at Real Madrid at age 11 before joining Getafes reserves at 17. After Getafes relegation in 15/16, injuries meant he joined Cultural Leonesa on loan in 17/18. pic.twitter.com/qUxDmyzT75

Allan (@AllanRileyy) November 2, 2020

Dengan semangat luar biasa, Buendia tidak menunggu lama untuk mencipta impak di akademi Getafe dan berupaya menembusi skuad simpanan ketika usianya baru mencecah 17 tahun.

Rezeki tak salah alamat

Sebaik sahaja berjaya membarisi skuad utama, kariernya di kelab tersebut tidak seindah yang diharapkan selepas dihantui beberapa siri kecederaan dan Getafe pula tersingkir dari La Liga pada musim 2015/16.

Mujurlah ketika dipinjamkan ke kelab divisyen dua Sepanyol, Cultural Leonesa pada musim 2017/18 beliau dapat mengembalikan prestasi terbaiknya sehingga menerima anugerah pemain terbaik pada musim tersebut.

Perkembangan tersebut telah memikat skuad pemantau bakat Norwich City, lalu dibawa ke Carrow Road pada Jun 2018 dengan diikat kontrak selama empat tahun bersama kelab Liga Kejuaraan berkenaan.

???? DEAL DONE: Norwich City have signed Getafe forward Emi Buendia for an undisclosed fee on a four-year deal. (Source: @NorwichCityFC) pic.twitter.com/0ynQG1LGM5

Transfer News Live (@DeadlineDayLive) June 9, 2018

Musim pertamanya di Noewich berjalan dengan sempurna dan telah menjaringkan tujuh gol sekaligus berjaya membantu pasukannya meraih slot automatik ke Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas menjuarai liga divisyen dua England itu.

Tidak mahu kehilangan khidmat pemain pentingnya, Norwich kemudian melanjutkan kontrak Buendia sehingga Jun 2024.

Penutup

Pastinya sukar untuk Norwich untuk mengekalkan Buendia jika tawaran tersebut datang dari kelab seperti Arsenal. Malah pemain tersebut pastinya mahu menyertai kelab yang dapat mengembangkan kariernya ke tahap yang lebih baik.

Kini segalanya terletak di tangan pihak pengurusan Arsenal untuk memenuhi tag harga bernilai 40 juta yang diletak oleh Norwich City.

Namun mereka juga mempunyai beberapa pilihan lain yang boleh dipertimbangkan seperti Christian Eriksen, Julian Brandt dan Julian Draxler.

Julian brandt still remains Arsenal top target amongst Micheal zorc technical Director For Dortmund (@BVB ) claiming his not available in January. Emi Buendia seems to have grown cold after Norwich requesting the Argentinan stay the club until the summer. Bisouma news next. pic.twitter.com/RR3BHeSxVY

TD_Shiftz (@TD_Shiftz) January 11, 2021

Page SemuanyaBOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Hanya Dua Negara Jadi Pilihan Mesut Ozil Sekiranya Tinggalkan Arsenal

Adakah Ozil Wajar Dianggap Legenda Arsenal Dan Dibina Tugunya Di Emirates?

Arsenal Tak Perlu Beli Pemain Tengah Baharu, Beri Kepercayaan Pada Smith Rowe



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...