www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kemuka bantahan rasmi Isnin ini

0 month ago, 10-Nov-2018


PRESIDEN Kelab Bolasepak Petaling Putra, Datuk Ramlan Askolani melahirkan rasa kecewa apabila pengurusan Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) didakwa tidak telus dalam mengurus borang pencalonan bagi jawatan presiden pada Kongres KLFA yang dijadualkan berlangsung pada 18 November ini.

Justeru pihaknya bersama-sama 14 lagi ahli gabungan mengambil keputusan untuk membuat bantahan rasmi kepada KLFA dan mengemukakan laporan kepada jawatankuasa Integriti Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) berhubung perkara itu, Isnin ini.

Ramlan yang juga bekas pemain kebangsaan dan Kuala Lumpur itu memaklumkan bahawa pihaknya telah menghantar 16 borang pencalonan dan menyifatkan ada sesuatu yang tidak kena apabila KLFA mengumumkan bahawa Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon hanya mendapat 12 pencalonan.

"Pada kami ada yang tidak betul sudah berlaku, malah kalau dilihat pada statut KLFA, mereka sepatutnya perlu ada badan bebas yang mengendalikan pemilihan ini.

"Bahkan kenyataan setiausaha (Norman Mustaffa) yang mengatakan 13 pencalonan baru layak, itu juga tidak betul kerana mengikut statut KLFA 40 peratus daripada 31 ahli gabungan adalah 12.4 bermakna 12 sudah mengcukupi dan layak untuk bertanding," katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Dalam pada itu Ramlan turut melahirkan sokong penuh terhadap Rashid yang disifatkan memiliki pengalaman luas dalam sukan bola sepak termasuk pernah membantu pasukan Pulau Pinang menjulang Piala Emas Raja-Raja tahun lalu selepas menamatkan penantian selama 15 tahun.

Kemuka bantahan rasmi Isnin ini Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts