EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kempen Buy Muslim First (BMF) Wajar Dipergiatkan

0 month ago, 10-Oct-2019

Oleh: Fidee Aziz

KUALA TERENGGANU Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) melihat kempen Belilah Barang Buatan Musli (Buy Muslim First BMF) Wajar Dipergiatkan mesti terus digerakkan oleh semua pemegang taruh agar ianya tidak seperti hangat-hangat tahi ayam.

Ketuanya, Mohd Nasir Razak berkata, kempen tersebut untuk menyeru rakyat Malaysia agar mengutamakan pembelian produk atau penggunaan perkhidmatan dari usahawan-usahawan yang beragama Islam.

Kami memandang perkara ini sebagai satu peluang bagi membantu pengusaha-pengusaha beragama Islam di negara ini.

Dengan itu, mereka dapat mengembangkan lagi tahap ekonomi dan kualiti produk mereka. ujarnya.

Beliau yang juga Pengarah Urus Setia Belia Sukan dan NGO negeri (UBSNT) berkata demikian dalam kenyataannya di laman Facebook Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu, pada hari ini.

Menurutnya, DPPNT menggesa segala provokasi dan fitnah seperti boikot barangan non- muslim dari pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab perlu diambil tindakan sewajarnya.

Kami menyeru agar semua umat Islam menyokong dan menyemarakkan usaha murni ini.

Bagi mempergiatkan dan meningkatkan lagi tahap ekonomi umat Islam khususnya bumiputera di negara ini, tambah beliau.




Live Website Traffic


loading...