EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kempen Raya 2021, Yang Menarik Setakat Ini!

1 month ago, 04-May-2021

Masuk musim Ramadan dan hingga ke Eaya, pastinya label fesyen makin lincah dalam melancarkan koleksi utama mereka. Pastinya himpunan baju raya menjadi makanan utama pereka fesyen lokal. Bagi menambah kehangatan, masing-masing akan mempertontonkan koleksi raya dalam satu kempen raya yang cukup well curated! EH! terpanggil untuk himpunkan gambar-gambar kempen raya yang mencuri tumpuan!

Khoon Hooi mempertontonkan Raya dalam nilai nostalgia yang misteri. Wajah utama mereka buat koleksi raya ini adalah Natalie Prabha, menzahirkan rasa lebih sensual. Taruhan siluet baju di koleksi khas ini adalah baju kebaya yang menjadi nilai sentimental buat Khoon Hooi dek kerana budaya peranakan. Serta baju kurung yang dimadu bersama seni era Victoria.

  • kempen raya

Izrin Ismail bersama pasukan fesyennya membawa wanita terbang ke Parsi. Kali ini koleksi ini diabadikan bersama latar belakang berpermaidani mewah Parsi. Gabungan indah grafik pada permukaan permaidani Parsi ini menonjolkan lagi citra siluet feminin yang cukup kuat di Innai Red.

Set dibina serba nude, menaikkan lagi warna-warna lembut daripada koleksi raya NH by Nurita Harith. Tiga-tiga perawati dirias wajahnya polos, rambut disisir rapi tanpa perlu gaya yang dramatik. Menaikkan lagi seri gaya raya Nurita Harith adalah pada gaya pose yang ringkas.

kempen raya

Ana Abu dengan koleksi raya berjudul Rindu menzahirkan rasa cukup nostalgik! Koleksi gambar-gambar ini menghimpunkan satu keluarga. Pasangan datuk dan nenek digabungkan bersama cucu mereka. Seakan cukup memahami situasi sekarang yang kita tidak mampu pulang ke kampung untuk beraya bersama.

kempen raya

Pautan Berkenaan: Nazifi Nasri, Walk On His Way!



SUMBER : eh.com.my



Live Website Traffic


loading...