EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kementerian Kesihatan Malaysia umum 19 kes kematian di Malaysia

0 month ago, 26-Mar-2020

Malaysia pada hari ini (25 Mac) catat 19 kes kematian berkaitan wabak COVID-19 setelah diumumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam sidang media di Kuala Lumpur.

Menurutnya, mangsa ke-19 adalah seorang wanita warga tempatan kes ke-1,246 yang berusia 68 tahun.

Menurut kiriman media sosial Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM), mangsa telah dirawat di Hospital Sultanah Nora Ismail, Johor pada 19 Mac 2020 namun keadaan kesihatannya semakin merosot dari hari ke hari dan telah diberi bantuan pernafasan di unit rawatan rapi hospital berkenaan.

Walau bagaimanapun, mangsa dilaporkan telah meninggal dunia pada 25 Mac 2020, jam 12.53 pagi.

Dalam sidang media yang sama, Datuk Dr. Noor Hisham turut mengesahkan bahawa terdapat 73 orang anggota kesihatan KKM telah dikesan positif COVID-19 dan berdasarkan siasatan, punca jangkitan bagi kesemua kes anggota kesihatan ini adalah tidak berkait dengan pengendalian kes positif COVID-19 di fasiliti kesihatan KKM.

Menurut kiriman KKM di laman Facebook, didapati sebanyak 47 kes yang melibatkan anggota kesihatan adalah berkaitan dengan majlis perkahwinan yang turut sama dihadiri oleh peserta perhimpunan tabligh. Lain-lain punca pula adalah seperti sejarah melawat ke luar negara dan dari kontak keluarga yang positif COVID-19.

Setakat jam 5.40 petang (25 Mac), Malaysia merekodkan jumlah kumulatif kes COVID-19 sebanyak 1,796 kes, kes aktif yang sedang dirawat sebanyak 1,578 kes dan kes yang telah sembuh dan discaj dari hospital adalah sebanyak 199 kes.

Kementerian Kesihatan Malaysia umum 19 kes kematian di Malaysia Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...