EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kementerian Kerja Raya Sambut Baik Hasrat SPRM Senarai Kementerian Terlibat Rasuah

31 month ago, 12-Oct-2017

  • Print
  • Email
Details
Published on Thursday, 12 October 2017 12:03
View

alt

KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya menyambut baik hasrat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk mengeluarkan senarai 10 kementerian paling banyak menerima aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa selewat-lewatnya hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, langkah itu bukan sahaja dapat mengukuhkan kementerian serta agensi-agensi di bawahnya malah boleh dapat mengurangkan kemungkinan berlakunya penyalahgunaan kuasa dan rasuah di kementerian yang lain.

Kami sangat terbuka dan akan sentiasa menyokong apa sahaja usaha SPRM untuk mencegah rasuah asalkan dilakukan secara terbuka serta ada sistem untuk mengukur yang boleh diterima pakai semua pihak.

Apabila senarai itu dipamerkan kelak, saya percaya akan wujud kesedaran, persaingan dan akhirnya kita akan ambil tindakan sekiranya tersenarai dalam antara kementerian yang mempunyai prestasi tercorot seterusnya berusaha untuk keluar daripada senarai itu, katanya kepada Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Juru ukur Bahan Antarabangsa 2017 di sini hari ini.

- Utusan Online


Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...