EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kemenangan hatrik Kedah, tangguh hasrat JDT julang trofi liga

1 month ago, 26-Aug-2021

PENJAGA gol PJ City menangkap kemas bola ketika perlawanan melibatkan pasukannya dengan Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium MBPJ, hari ini.- IHSAN MFL
PETALING JAYA: Kedah Darul Aman menangguhkan hasrat Johor Darul Tazim (JDT) untuk menjulang trofi Liga Super lebih awal apabila mengatasi Petaling Jaya (PJ) City 4-1, sebentar tadi.

JDT berpeluang memenangi Liga Super musim 2021 jika Kedah tewas dalam aksi tersebut, namun kini mereka perlu menewaskan Sri Pahang Jumaat ini bagi mengesahkan kejuaraan buat kali kelapan berturut-turut.

Dalam saingan di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad bimbingan Aidil Sharin Sahak membuka jaringan seawal minit keempat menerusi Rabih Ataya hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti.

Skuad Hijau Kuning kemudian menambah gol di penghujung babak pertama menerusi Kpah Sherman, sebelum pemain dari Liberia itu menggandakan jaringan pada minit ke-56.

Begitupun anak buah P. Maniam enggan mengalah dengan menjaringkan gol tunggal mereka hasil sentuhan bekas pemain Kedah, Khyril Muhymeen Zambri yang bijak memanfaatkan hantaran K. Prabakaran pada minit ke-61.

Pemain gantian Fayadh Zulkifli kemudian melengkapkan kejayaan Kedah pada masa kecederaan, sekali gus membolehkan pasukannya mencatat kemenangan hatrik dalam saingan Liga Super.


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...