EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

59 Kematian Selepas Paderi Beri Minum Dettol Untuk Bersihkan Diri Dari Coronavirus Cecair Itu Akan Bertindak Sebagai Pencegah?

0 month ago, 25-Mar-2020

Umum mengetahui bahawa wabak COVID-19 kini sedang mengganas di serata dunia sehingga menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Pihak kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang ampuh bagi mengekang penularan wabak ini selain memastikan rakyat selamat.

Umum mengetahui bahawa wabak COVID-19 kini sedang mengganas di serata dunia sehingga menimbulkan kebimbangan pelbagai pihak. Pihak kerajaan telah berusaha untuk mencari jalan penyelesaian yang ampuh bagi mengekang penularan wabak ini selain memastikan rakyat selamat.

Pun begitu, masih ramai pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyukarkan lagi misi pembendungan COVID-19 ini. Terbaru, seorang nabi di Afrika Selatan iaitu Rufus Phala telah menyuruh para pengikutnya supaya meminum pembersih Dettol sebagai langkah pencegahan kepada COVID-19 selain untuk menunjukkan kesetiaan kepadanya.

Menyedihkan kerana 59 individu telah pun dikhabarkan meninggal kerana tindakan ini selain 4 lagi kini berada dalam keadaan kritikal. Pengikut lain yang turut mengalami masalah kesihatan dijanjikan kesembuhan sekiranya mereka meminum cecair pembersih tersebut.

Nabi itu mendakwa bahawa dia menyuruh mereka meminum Dettol bukanlah untuk merosakkan tubuh mereka bahkan cecair itu akan bertindak sebagai pencegah kepada sebarang penyakit termasuklah COVID-19.

Tambahnya lagi, ramai yang menghantar mesej kepadanya melalui aplikasi Whatsapp dan mengatakan bahawa mereka sudah sembuh selepas meminum cecair itu.

Saya tahu Dettol adalah membahayakan tetapi Tuhan telah mengarahkan saya untuk menggunakannya. Saya adalah orang pertama yang meminumnya.

Pihak polis kini juga dikhabarkan sedang menyiasat kejadian ini dan menjelaskan bahawa para pengikut yang mempercayai lelaki itu hanya menurut sahaja arahannya.

59 Kematian Selepas Paderi Beri Minum Dettol Untuk Bersihkan Diri Dari Coronavirus – Cecair Itu Akan Bertindak Sebagai Pencegah? The Coverage Edisi BM.


SUMBER : thecoverage.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...