www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kematian tiga ekor ikan lumba-lumba dalam masa 16 bulan di Dolphinaris Arizona menjadi tanda tanya

0 month ago, 12-Feb-2019


Dalam masa 16 bulan yang lalu, 3 ekor ikan lumba-lumba mati secara misteri diDolphinaris Arizona, sebuahdolphinarium (sebuah akuarium di mana lumba-lumba disimpan dan dilatih untuk hiburan awam) yang dibuka di Scottsdale, Arizona pada tahun 2016. Disebabkan kejadian itu, orang ramai berasa bimbang tentang 5 ekor ikan lumba-lumba yang masih tinggal di sana.

Bodie ialah ikan lumba-lumba pertama yang ditemui mati pada September 2017, diikuti oleh Alia pada May 2018 dan Khloe pada akhir Disember 2018.Ketiga-tiga haiwan itu mati akibat jangkitan, walaupun butiran mengenai kematian mereka tetap samar-samar seolah-olah dirahsiakan.

Facebook/Dolphinaris Arizona

Di laman webnya, Dolphinaris Arizona menggambarkan dirinya sebagai "salah satu penyedia utama dunia yang mahir mengenai ikan lumba-lumba" yang "melebihi piawaian persekutuan dan antarabangsa bagi penjagaan haiwan dan habitat." Namun pakar ikan lumba-lumba tidak bersetuju dengan kenyataan ini.

Kebimbangan utama ialah lokasi kemudahan yang terletak di padang pasir, yang mana Naomi Rose, seorang saintis mamalia marin di Institut Kebajikan Haiwan (AWI), percaya mempunyai kesan buruk terhadap kesihatan ikan lumba-lumba.

Facebook/Dolphinaris Arizona

"Ikan lumba-lumba tidak sesuai tinggal di padang pasir dan saya mempunyai kebimbangan serius mengenai kemungkinan mereka terdedah kepada agen-agen fungus yang biasa terdapat di kawasan padang pasir ini."

"Laporan nekropsi bagi haiwan ini pasti perlu dikeluarkan secara terbuka, tetapi mereka tidak akan melakukannya (mereka tidak dikehendaki oleh undang-undang). Kecuali Dolphinaris mempunyai sesuatu yang harus disembunyikan, mereka seharusnya bersikap telus mengenai keadaan ini."kata Rose kepada The Dodo.

Cuaca panas terik di Arizona boleh mendatangkan kesan terhadap kesihatan ikan lumba-lumba.

TheDodo

"Pendedahan secara terus menerus terhadap sinaran UV adalah tidak normal bagi mereka," kata Rose. "Matahari di kawasan gurun sangat teruk. Tangki-tangki ini tidak mempunyai pelindung dan sangat cetek, bermakna air itu sendiri tidak menyaring dengan banyak sinaran UV tersebut walaupun ketika ikan lumba-lumba berada di bawah permukaan. "

"Memang tidak normal atau bukanlah sifat semulajadi untuk ikan lumba-lumba terdedah kepada sinaran UV dengan cara ini," tambah Rose.

Menurut Rose lagi, ikan lumba-lumba di Dolphinaris Arizona berada 10 kaki di bawah air untuk berenang yang mana mereka tidak berpeluang untuk mengelak daripada terkena sinaran matahari.

Facebook/Dolphinaris Arizona

MenurutLaurice Dee yang mengetuai FacebookAdvocates Against Dolphin Captivity in Arizona, ikanlumba-lumba ditempatkan di dalam empat buah kolam konkrit - tiga buah di bahagian luar bangunan dan sebuah kolam di dalam bangunan - tetapi kolam-kolam itu agak kecil sehingga menyebabkan ikan lumba-lumba tidak mempunyai ruang untuk menyelam atau berenang secara bebas. Ini mungkin penyebab ikan lumba-lumba mengalami kebosanan dan kekecewaan.

"Apabila ikan lumba-lumba tidak beraksi, mereka akan berenang dalam bulatan yang tidak berkesudahan di kolam mereka," kata Dee lagi.

Facebook/Advocates Against Dolphin Captivity in Arizona

Ikan lumba-lumba juga merupakan makhluk yang suka bergaul. Di alam liar, mereka hidup dalam kumpulan keluarga dan mereka bergantung kepada satu sama lain untuk bertahan dan bersahabat. Namun, apabila ikan lumba-lumba di Dolphinaris Arizona tidak melakukan aksi, mereka dipisahkan daripada satu sama lain dan turut dihalang daripada berinteraksi, menurut Dee.

"Setiap kali pelatih membuka pintu, ikan lumba-lumba akan keluar dari satu kolam ke kolam yang lain dan berenang dengan cepat," kata Dee. "Dolphinaris Arizona menambah jambatan di atas pintu pada awal tahun 2017 setelah salah seekor daripada ikan lumba-lumba itu dilihat melompat dari satu kolam ke kolam lain - jambatan itu adalah untuk menghalang ikan lumba-lumba keluar daripada kolam."

Facebook/Dolphinaris Arizona

Dee pernah datang ke beberapa acara yang dianjurkan oleh Dolphinaris dan mendapati ikan lumba-lumba tersebut sentiasa kelihatan kelaparan dan seolah-olah mencari makanan. Ikan-ikan tersebut juga kelihatan begitu teruja setiap kali pekerja datang membawa makanan.

Selain itu, perkara yang membimbangkan Dee ialah isu sanitasi. Dolphinaris mengenakan bayaran kepada pengunjung yang berhasrat untuk masuk ke dalam kolam dan bermain bersama-sama ikan lumba-lumba tanpa melalui pemeriksaan pembersihan yang sewajarnya.

Dee merasakan kematian tiga ekor ikan lumba-lumba dalam masa kurang daripada tiga tahun adalah tidak normal. Mengikut pemerhatiannya, berkemungkinan besar ikan-ikan tersebut mati akibat jangkitan kuman yang dibawa oleh pengunjung yang tidak sihat yang masuk ke dalam kolam tersebut.

Facebook/Dolphinaris Arizona

Dolphinaris Arizona mendakwa Bodie, berusia 7 tahun mati pada September 2017 akibatpenyakit otot yang jarang berlaku. Namun dua bulan kemudian,National Oceanic and Atmospheric Administration (NOAA) mengeluarkan laporan bahawa Bodie sebenarnya mati akibat jangkitan kulat.

Kemudian pada May 2018, Alia didakwa mati akibat septicemia iaitu jangkitan bakteria yang cepat merebak melalui tubuh. Manakala Khloe, ikan lumba-lumba berusia 10 tahunyang mati pada akhir Disember 2018 pula didakwa mempunyai "penyakit kronik akibat parasit yang disebut Sarcocystis,"

Facebook/Dolphinaris Arizona

Dee merasa sukar untuk mempercayai kenyataan yang dikeluarkan olehDolphinaris Arizona mengenai kematian ketiga-tiga ekor ikan lumba-lumba tersebut. Dia pernah membuat aduan mengenai perkara tersebut namun ketikaUnited States Department of Agricultures (USDA) APHIS datang memeriksa, tiada tindakan dikenakan terhadap Dolphinaris Arizona.

Naluri Dee kuat mengatakanDolphinaris Arizona pasti memberitahu APHIS untuk menyimpan maklumat sulit. Ini kerana ketika dia membuat aduan mengenai kebimbangannya terhadap lima ekor ikan lumba-lumba yang masih tinggal diDolphinaris Arizona, APHIS tetap mengatakan semuanya dalam keadaan baik-baik sahaja.

Facebook/Dolphinaris Arizona

Dee berharap agarDolphinaris Arizona menghentikanperniagaan dan menghantar ikan lumba-lumba yang masih tinggal itu ke tempat perlindungan tepi pantai. "Ikan lumba-lumba akan diletakkan di satu tempat di Florida pada tahun 2020." kata Dee.

Kini, apa yang dilakukan oleh Dee ialah menyebarkan kesedaran mengenai keadaan ikan lumba-lumba diDolphinaris Arizona pada masyarakat. Dee juga menggalakkan mereka untuk menyokong haiwan malang ini.

Facebook/Dolphinaris Arizona

"Orang ramai boleh mengambil tindakan dengan melakukan perkara berikut - menyertai protes untuk menggalakkan orang ramai memboikot Dolphinaris Arizona, menyebarkan kesedaran melalui media sosial tentang kesan buruk eksploitasi pada kesihatan dan kesejahteraan ikan lumba-lumba di Dolphinaris Arizona dan menyebarkan alasan mengapa ikan lumba-lumba tidak seharusnya berada di padang pasir, (dan) mendidik masyarakat tentang penangkapan ikan lumba-lumba," kata Dee.

: THE DODO

Kematian tiga ekor ikan lumba-lumba dalam masa 16 bulan di Dolphinaris Arizona menjadi tanda tanya Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts