EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kematian ketua jururawat: Lelaki warga Nigeria ditahan

3 month ago, 16-May-2019

SHAH ALAM 16 Mei - Lelaki warga Nigeria yang diburu berhubung kematian Ketua Jururawat Hospital Serdang kini ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pasukannya berjaya mengesan individu lelaki terbabit dan menahannya tingkat bawah di Cheras Sentral, Kuala Lumpur dekat sini.

"Berlaku pergelutan ketika tangkapan dibuat namun akhirnya individu tersebut berjaya ditahan.

"Permohonan reman bagi individu ini akan dilakukan esok," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Suami mangsa, Udzir Khalid, 40, tidak dapat menahan sebak ketika tiba di kediaman keluarga bersama jenazah isteri, Siti Kharina Mohd Kamaruddin di Kampung Tengah, Seri Menanti di sini hari ini. Isteri beliau ditemui meninggal dunia di sebuah kondominium yang disewa di Cyberjaya selepas dilaporkan hilang sejak 8 Mei lepas.


Terdahulu, Ketua Jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd. Kamarudin, 40, yang dilaporkan hilang pada 8 Mei lalu ditemukan mati di sebuah bilik di kondominium di Cyberjaya dekat sini petang semalam.

Ibu kepada tiga anak itu ditemukan kira-kira pukul 2.30 petang dalam keadaan terlentang di atas lantai dan tidak lengkap berpakaian selain terdapat kesan kelar di bahagian dada, leher dan kepala.

Susulan penemuan mayat mangsa, polis menahan dua suspek iaitu wanita warganegara Nigeria dan lelaki dari Pakistan masing-masing berusia 30 dan 38 tahun awal pagi tadi di sekitar Kuala Lumpur selain turut mengesan seorang lagi warga Nigeria, Aliwajuwon Gilbertalowonle berusia 30an bagi membantu siasatan. - UTUSAN ONLINE

Suspek utama kes bunuh jururawat Hospital Serdang ditahan

 KUALA LUMPUR: Suspek warga Nigeria, Aliwajuwom Gilbertalowonle, yang diburu bagi membantu kes bunuh jururawat Hospital Serdang, Siti Kharina Mohd Kamarudin, ditahan di Cheras Sentral pada jam 3.30 petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat, mengesahkan penahanan itu sebentar tadi.

Difahamkan, suspek, yang juga dikenali sebagai Juwon, 36, ditahan oleh Polis Kontinjen Selangor dan Polis Daerah Sepang di sebuah cafe di pusat beli-belah Cheras Sentral, Cheras.

Semasa ditahan, pihak polis merampas sebuah telefon bimbit dari suspek bersama kad sim yang digunakan untuk siasatan lanjut.

Berdasarkan maklumat sumber, suspek dikatakan mengenali mangsa sejak dua tahun lalu.

Sejurus ditahan, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang, untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bharian


Live Website Traffic





www.edisiviral.com