EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

76 lagi kematian, jumlah terima rawatan ICU masih ramai

0 month ago, 08-Jun-2021

Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama Petugas Jabatan Kesihatan dan Persekitaran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menguruskan jenazah pesakit Covid-19 untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

ANGKA kematian akibat COVID-19 menurun lagi hari ini kepada 76 kes berbanding 82 yang dilaporkan semalam.

Sebagai rekod, kematian harian tertinggi yang pernah direkodkan adalah pada Rabu minggu lalu apabila sebanyak 126 meninggal dunia akibat COVID-19.

Walau bagaimanapun, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) masih lagi tinggi iaitu sebanyak 903 kes.

Pada masa sama, 458 kes dilaporkan memerlukan bantuan pernafasan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kematian yang dilaporkan hari ini sekali gus menjadikan kumulatif korban adalah sebanyak 3,536 kes.

Menurut Dr. Noor Hisham, kematian hari ini melibatkan 75 rakyat Malaysia dan seorang bukan warganegara.

Baca artikel berkaitan: 902 terima rawatan ICU, 82 lagi kematian hari ini

Kata beliau, Selangor masih menjadi negeri yang mencatatkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 18 korban hari ini.

Beliau berkata, sembilan kes dikesan di Negeri Sembilan manakala lapan kes di Kuala Lumpur.

Sebanyak tujuh kematian dilaporkan di Labuan serta masing-masing empat kes di Kelantan, Melaka dan Kedah.

Selain itu, tiga meninggal dunia akibat COVID-19 di Terengganu, masing-masing dua kes di Perak dan Pahang serta satu dilaporkan di Sabah dan Sarawak, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham turut memberitahu korban termuda hari ini melibatkan seorang lelaki berusia 25 tahun yang juga merupakan kes Brought in Dead (BID) dengan jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Beliau memaklumkan, lelaki berkenaan mempunyai latar belakang obesiti.

Kematian tertua pula adalah seorang wanita berusia 101 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka dan tidak mempunyai sebarang latar belakang penyakit.

Sebanyak empat kes kematian adalah BID termasuk seorang warga emas berusia 83 tahun yang mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, dislipidemia dan tuberkulosis.

Selain itu, daripada 76 kes kematian yang direkodkan hari ini, lapan mangsa yang meninggal dunia tidak mempunyai latar belakang penyakit.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...