EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kematian ke-10 dilaporkan, Malaysia catat 123 lagi kes baharu Covid-19

0 month ago, 22-Mar-2020

Selepas pagi tadi seorang doktor perubatan dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, sebentar tadi Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan bahawa seorang lagi pesakit positif Covid-19 meninggal dunia.

Ini sekali gus telah mencatatkan kematian yang kesepuluh. Daripada maklumat yang diperoleh daripada KKM, pesakit yang meninggal dunia adalah dari kalangan jemaah kluster tabligh berusia 74 tahun.

Dalam sidang media yang berlangung sebentar tadi, pengarah Kesihatan Malaysia turut memaklumkan bahawa terdapat 123 lagi kes baharu yang majoritinya daripada kluster perhimpunan tabligh d Sri Petaling tempoh hari.

Walau bagaimanapun, 25 kes sudah pulih dan maisng-masing dibenarkan pulang ke rumah.

Oleh hal yang demikian, kes positif Covid-19 ini sudah meningkat kepada 1306 berbanding semalam.

: KKM


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...
Save on your hotel - hotelscombined.com
Loading...

Live Website Traffic


loading...