EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Tak kemas kini MySejahtera tak salah, batalkan kompaun

0 month ago, 07-Jun-2021

Seseorang itu tidak bersalah sekiranya tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera masing-masing. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEJAK beberapa hari lalu, timbul kekeliruan dan salah faham penggunaan aplikasi Mysejahtera hingga ada anggota penguatkuasa mengeluarkan kompaun kepada mereka yang gagal mengemas kini aplikasi tersebut.

Namun begitu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan, tidak mengemas kini aplikasi MySejahtera bukanlah satu kesalahan sehingga perlu dikompaun.

Hal ini kerana, kata beliau, berdasarkan keapda Akta 342 Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit -COVID-19 Malaysia, ia tidak terkandung sebagai satu kesalahan untuk dikenakan kompaun oleh mana-mana penguatkuasa.

Sehubungan itu, Ismail Sabri turut berharap dan menyarankan supaya mana-mana kompaun yang telah dikeluarkan atas kesalahan berkenaan perlu dibatalkan.

Pada masa sama, beliau berkata, pegawai penguat kuasa juga disarankan supaya tidak salah dalam membuat sebarang tafsiran berhubung prosedur operasi standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan kerajaan.

Hal ini juga termasuk kesalahan yang melanggar SOP melibatkan syarikat atau kilang beroperasi melebihi masa ditetapkan. Jika ia berlaku, maka tindakan penguatkuasaan perlulah dibuat kepada majikan atau syarikat yang memaksa pekerja melakukan tugas lebih dari masa yang ditetapkan.

Baca artikel berkaitan: Lebih 1,200 ingkar SOP, 29 kilang diarah tutup Ismail Sabri

Kesalahan bukan dilakukan oleh pekerja kerana mereka terpaksa akur kepada arahan majikan maka tindakan kompaun boleh dikeluarkan kepada pihak syarikat, kilang atau majikan yang memberikan arahan, katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri turut menegaskan kompaun juga patut diberikan kepada majikan yang masih menetapkan pekerja bertugas di tempat kerja atau datang ke pejabat biar pun ada arahan untuk melaksanakannya di rumah.

Namun begitu, beliau memaklumkan, walaupun tidak menjadi kesalahan di bawah Akta 342 jika tidak mengemaskini MySejahtera, sebagai warga yang mahukan COVID-19 terputus, orang ramai perlu mempunyai rasa tanggungjawab terhadap aplikasi berkenaan.

Katanya, MySejahtera merupakan aplikasi dibangunkan kerajaan untuk membantu dalam pengawasan penularan COVID-19 dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan kendiri.

Sebagai rakyat, kita bukan hanya perlu jujur dalam memberikan maklumat berkaitan diri kita tetapi juga memegang amanah untuk memastikan setiap maklumat yang diberikan adalah tepat dan benar termasuk sekiranya mendapat simptom atau mempunyai kaitan dengan mereka yang telah dijangkiti COVID-19.

Segala salah faham dan kekeliruan yang timbul sebelum ini dapat ditambah baik dan saya juga mohon pemahaman daripada semua pihak agar kita sama-sama berusaha untuk mengekang penularan COVID-19, jelas beliau.

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami diFacebook,Twitter,Instagram&Telegram



SUMBER : utusantv.com



Live Website Traffic


loading...