www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kemana halatuju selepas SPM ?

0 month ago, 16-Mar-2019


Assalamualaikum dan Salam Rejab.

Post ini lebih kepada adik-adik yang dah dapat keputusan SPM dan juga untuk yang bakal menduduki SPM akan datang. Aku faham perasaan adik-adik, ada yang tengah blur, tengah cari halatuju masa depan.

Ambil laptop, duduk bersila atas pangkin tu dan pastikan ada internet. Sini aku nak bagi tips sikit berdasarkan pengalaman aku. Aku tak nak korang menyesal tak sudah macam aku dulu sebab takde pendedahan sangat lepas SPM. Walhal banyak peluang pendidikan korang boleh cuba, tapi sebab tak tau, peluang tu terbiar macam tu je.

1. Minat

Aku selalu jumpa ramai adik-adik yang bagi soalan,

Saya minat English dan Bahasa Melayu. Agak-agak apa course yang saya patut ambil?

Saya tak suka Math. Course apa yang takde Math?

Sekarang, korang pergi ambil kertas dan buat 2 column. List down semua yang korang suka dan tak suka. Bukan subjek ye. Contoh, kau tak suka buat research dan membaca. Tapi kau lebih kepada aktiviti luar dan jenis yang cepat tension kalau asyik hadap buku je. So dari sini dah boleh nampak, kau jangan lah pilih law pulak. Mungkin sport rec, atau architure?

Dan tolong lah jangan tanya orang pasal course apa yang patut korang ambil. Tepuk hati tanya selera masing-masing okay. Buat list yang aku suruh tu sebanyak mungkin.

Satu lagi nak pesan, jangan sebab kau tak suka Math je, terus nak ambik law. Aku faham la yang law ni memang mostly yang masuk sebab tak nak Math. Tapi course ni kena banyak membaca, banyak buat research, kene update dengan isu sekeliling. Sanggup ke?

Ramai kawan-kawan aku masuk law sebab kononnya taknak Math. Tapi end up barai jugak. Sebab apa? Sebab diorang tak consider benda-benda lain tu. Asal taknak Math je law. Fikir baik-baik okay sebelum buat keputusan.

2. UPU

UPU dah buka belum? Haha. Sorry aku tak alert pasal tarikh ni sebab dah lama tinggal kan. Tapi nanti lepas result keluar, still boleh kemaskini kan? So sekarang meh aku nak bagi kerja kat korang semua. Pergi bukak website setiap uni ataupun cari dekat UPU pun ada, cari syarat kelayakan (MAKE SURE IT IS UPDATED Takut ada yang berubah syarat) untuk setiap course setiap uni.

Memandangkan tadi korang dah kenal pasti course apa yang korang cenderung, so sekarang list down semua course yang telah korang pilih tu bersama dengan syarat kelayakan dia. Go through semua betul-betul.

Okay ini tips dia, korang tahu kan yang UPU tu gunapakai sistem, bukan manusia. Jadi, jangan sesekali pilih course yang tak cukup syarat kelayakan. Contoh dia nak Math A tapi kau dapat A- lepastu kau pun semberono je pilih jugak. Takpe, A- dengan A sikit je beza

Tips mohon UPU Online

Ha buat lah kalau berani. Lepastu jangan tanya kenapa orang dapat UPU kau tak dapat. Sistem UPU ni once tak cukup syarat, dia terus reject tau. Jangan buat main. And kalau nak secure course yang korang nak tu, pastikan apply yang lepas at least satu tangga daripada syarat kelayakan.

Contoh: syarat nak B je, tapi kau dapat A+. Okay itu bonus. Elakkan kalau dia nak B, dan kau pun ngam ngam dapat B. Bukan aku cakap tak boleh, tapi peluang tu tipis. Sebab ramai sangat yang apply cukup-cukup makan dengan syarat kelayakan. Ini tips cikgu aku bagi. Tips ni selalunya guna pakai untuk kos famous macam asasi sains tu ke, sebab nanti kau akan compete dengan berjuta orang mohon course sama. Lainlah kalau kau pilih course yang tak ramai demand.

3. Biasiswa atau Pinjaman

Kalau korang dapat asasi/matrik. Korang dah tak payah risau sebab allowance fully sponsored by KPM. Sila guna dengan berhemah. Menabung itu amalan mulia.

Tapi tak kisah pun sebenarnya kau masuk asasi ke matrik ke diploma ke STPM sekalipun sebab result kemasukan ni lambat lagi kan. Jadi, once result keluar je, selain update UPU, make sure korang alert dengan list biasiswa dan tarikh tutup. Sebab biasiswa ni kebanyakan nya buka seminggu je dari tarikh result.

Jangan buang masa. Jangan tunggu esok esok dah. Anggap je takde esok. Korang list kan semua biasiswa dan syarat dia. Tarikh tutup sekali. Sebab ada biasiswa yang kena isi online je, ada yang kena pos. So, ALERT!

Kalau aku, aku isi je semua biasiswa yang aku lepas syarat kelayakan. Pilih tu kemudian kira sebab kita tak tau yang mana kita akan dapat.

Mana nak cari biasiswa?

Okay ini soalan yang tak patut ditanya, tapi tak salah kalau dah tertanya. Sekarang ni dunia semua hujung jari dik. Gunakanlah fungsi Google tu sebaiknya. Bukak website Afterschool, Scholardeck etc. Cari la, tunjuk usaha sikit, jangan malas je. Cari sekarang !

4. Asasi ke Matrik ke STPM ke Diploma?

Ha ni yang tak patut tanya orang jugak. Bukan tak boleh, korang boleh lah tanya suasana belajar etc dan perbezaan semua tu. Tapi jangan lah tanya, Agak-agak yang mana satu bagus? Yang mana patut saya pergi

Ini soalan yang korang kena tanya diri sendiri. Pergi search semua perbezaan empat-empat tu. Semua ada pros and cons. Evaluate sendiri. Kalau perlu list down, buat list down dan tanya diri sendiri. Jangan suruh orang yang buat keputusan. Kau yang nak belajar. Bukan orang lain.

Dan satu lagi, sebenarnya benda ni pun ada relation jugak dengan course apa yang korang nak ambik nanti and cita-cita korang.

Contoh: ada yang nak jadi Cikgu Pendidikan Seni. Korang masuklah STPM and ambik elektif Seni. Lepastu boleh sambung UPSI.

Sebab tu benda korang kena plan awal-awal, jangan nak tunggu tarikh tutup baru nak buat semua. Tak tahu, tanya. Dekat Facebook ada Group Halatuju Pendidikan Selepas SPM. Join lah. Banyak info situ. Boleh buat research.

5. Ikut pilihan parents atau Cita-cita?

Yang ni seriously aku pun takde jawapan. Sorry. Sebab aku sendiri pun mengalami konflik jugak dulu nak pilih sebab aku ada minat yang berbeza dengan apa yang parents suruh.

Aku ringkaskan macam ni lah, aku banyak dengar kisah-kisah yang orang belajar ikut kehendak parents ni diorang berjaya siap dapat first class degree lagi. Selalu dekan.

Sebabtu aku pilih ikut apa yang parents aku suggest sebab aku tak nak belajar apa yang mak aku tak suka. Ini pendapat aku je. Korang jangan lah pulak ikut aku. Korang kena nilai dengan diri masing-masing jugak, ikut kesesuaian.

Contoh nya result korang lepas tak lepas nak ambik medic tapi parents nak jugak ambik medic. Jangan lah jadi lembu cucuk hidung sangat, perjudikan masa depan. Cakap baik-baik dengan parents tu kenapa tak boleh ambik medic.

Ada jugak orang yang ikut je pilihan parents and lepastu dia sambung lah minat dia sendiri pulak. Tak kisah kalau kau berkemampuan. Berkemampuan bukan duit je. Dari semua aspek.

6. Overseas

Yang ni satu lagi. Taksub nak belajar overseas. Kalau nak pergi overseas semata-mata sebab nak bermegah, nak menunjuk, tak payah lah kot. Niat nak belajar tu, betulkan dulu. Aku bukan dengki tapi realiti tak seperti yang korang sangkakan. Buat timbang tara dari setiap sudut.

Tapi kalau dah ada peluang tu, grab je. Opportunity seldom knocks twice. Janganlah pulak sampai suruh parents kat kampung tu bergadai tanah barang kemas semata-mata nak belajar overseas. Kalau anak jutawan aku tak kisah. Dalam Malaysia ni banyak IPTA dan IPTS yang bagus-bagus jugak.

7. Taknak PTPTN

Aku tahu ramai yang taknak ambik PTPTN kan sebab macam-macam cerita yang korang dah dengar. Jadi kalau taknak PTPTN, sila belajar betul betul make sure result gempak. Apply la scholarship. Biasanya Yayasan Negeri masing-masing ada sediakan pinjaman yang jauh lebih berpatutan dari kadar bayaran balik PTPTN.

Pokok pangkalnya, PTPTN ni orang kata, last choice lah. Korang boleh try jugak Yayasan Bank Rakyat. Kadar bayaran balik macam MARA Edu Loan iaitu ikut CGPA. Tapi kalau dah terpaksa ambik PTPTN tu, make sure degree nanti dapatkan first class, nanti boleh mintak untuk tukarkan pinjaman pada biasiswa. Tapi kalau diploma setakat ni, tak boleh. Dapat 4 flat pun kena bayar penuh jugak.

7. Kalau dah isi UPU, boleh tak apply yang lain?

Boleh dik, boleh. Apply lah. UPU, IPG, Matrikulasi, Kolej Kemahairan under MARA seperti IKM, GiatMara, KKTM tu semua di bawah permohonan yang berbeza.

Ada orang kata, kalau dah dapat UPU, dah tak dapat Matrik. SALAH! Jangan dengar cakap dia. Aku dulu dapat je both UPU and Matrik. Cumanya aku dulu result Matrik keluar lebih awal dari UPU. Tapi, Matrik dan STPM, ini yang akan dapat salah satu je.

Contoh: Kalau dapat Matrik, korang takkan dapat STPM dah.

Tapi saya tak nak masuk Matrik. Saya nak masuk STPM

Dah tu yang pergi apply Matrik tu dulu kenapa kalau dah tak tahu memang taknak? Okay dah jangan risau. Still boleh jugak. Tapi pergi lah kesekolah yang korang nak masuk Tingkatan 6 tu dan apply lah secara manual.

Jujurlah aku cakap zaman sekarang ni zaman orang pentingkan pendidikan. Tapi tak bermakna kita boleh pandang rendah pada yang kurang hanya sebab kita lebih. Jadi, selagi ada peluang untuk belajar, ambik peluang tu.

Okaylah panjang sangat dah ni, karang malas pulak nak membaca nya. Selamat maju jaya untuk adik-adik yang akan melangkah ke dunia universiti.

Kalau ada yang tersalah info tu, mohon betulkan.

-adei




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts