EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kemampuan Barca dalam UCL diragui

0 month ago, 04-Nov-2019

BARCELONA mungkin salah satu daripada kelab terbaik di Eropah dengan pencapaian yang dilakukan mereka tetapi satu lagi kekalahan dalam saingan La Liga semalam menunjukkan kemampuan Barca agak diragui.

Mereka tewas 1-3 kepada Levante pada Ahad, mengimbau semula kekecewaan mereka dari Anfield dan Rome malah terdapat pendapat menyatakan mereka tidak mempelajarinya daripada pengalaman lalu.

Levante menjaringkan tiga gol dalam masa tujuh minit selepas separuh masa kedua membuktikan kemampuan Barcelona untuk memberi tentangan selepas menerima kejutan tanpa sukar - kelemahan yang dilihat sering terjadi sejak jurulatih Ernesto Valverde menyertai pasukan pada 2017.

Barca berdepan Slavia Prague pada Rabu dalam saingan Liga Juara-Juara (UCL), apabila kemenangan di Camp Nou menentang pasukan paling lemah dalam Kumpulan F pasti mengubat kecewa tewas kepada Levante.

Sepanjang tiga musim Valverde, Barca hanya menang 25 daripada 44 perlawanan liga. Dengan membandingkan Manchester City yang memenangi 35 daripada 44. Dalam saingan Liga Juara-Juara Barca hanya menang lima daripada 13 perlawanan di tempat lawan.

Memang benar kami tidak memperoleh keputusan yang sama di gelanggang lawan berbanding di tempat sendiri tetapi selepas beberapa perlawanan awal kami berjaya menghasilkan keputusan baik. kata Valverde.

Kami sudah tewas dalam perlawanan itu dan ia cukup jelas, memang betul kami harus sedar perkara itu tetapi kami tahu apabila kami kalah kritikan menjadi lebih hebat.

Kami sering bertindak dan kali ini ia tiada perbezaan.

Ia mungkin kerana kurang tumpuan pada perlawanan, kata Antoine Griezmann.

Ditanya sama ada masalah kepada aksi bola sepak atau sikap, bintang Perancis itu berkata : Ia mengenai semuanya. Kami harus memastikan ia tidak berlaku lagi.

Ada yang berpendapat Barcelona kurang ketua pasukan begitu pun ada beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan pelantikan Lionel Messi, Gerard Pique, Luis Suarez dan Sergio Busquets yang dikatakan gagal melaksanakan tanggungjawabnya.

Barca cukup bernilai di bahagian tengah, Barca terpaksa bergelut di barisan serangan selepas beraksi goyah.

Prague kemungkinan melakukan muslihat sama Lavante menewaskan Barca.

Setiap pasukan menentang kami seperti ia adalah antaran perlawanan terbesar pada musim ini, kata Valverde.

Kami harus mencari jawapan.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...