EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KPM AKAN KELUARKAN JADUAL BAHARU SPM RADZI JIDIN

0 month ago, 22-Nov-2021

Gambar : Facebook Dr Radzi Jidin

KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengeluarkan jadual baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 dalam tempoh terdekat.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, berkata beliau sudah mengadakan perbincangan dengan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) serta pengurusan tertinggi KPM berhubung isu jadual peperiksaan SPM yang mengundang reaksi daripada pelbagai pihak.

“Kami menerima banyak pandangan daripada ibu bapa dan calon SPM 2021 berkaitan dengan jadual peperiksaan SPM yang dikeluarkan KPM dan mengambil kira semua pandangan yang diberikan.

“Insya-Allah kita akan keluarkan satu jadual baharu berkaitan Peperiksaan SPM 2021 dalam masa yang terdekat,” katanya melalui hantaran video di Facebook, hari ini.

Terdahulu, jadual peperiksaan SPM tahun ini mengundang kritikan pelbagai pihak berikutan tarikh peperiksaan yang akan bermula pada 3 Mac hingga 20 Mac 2022 itu jatuh pada Jumaat dan Ahad.

Selain itu, tarikh jadual peperiksaan itu turut berada pada cuti akhir penggal 3 2021/2022 yang dijadualkan bermula pada 25 Februari hingga 20 Mac 2022. AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...