EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Pas Keluarga Malaysia: Cara Pembelian Dan Harga Pakej

0 month ago, 22-Nov-2021

Pas Keluarga Malaysia merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam.

Ianya telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Majlis Pelancaran Pas Keluarga Malaysia 2021 dan Tinjauan Mesra di LRT hari ini.

Turut hadir ketika pelancaran terbabit ialah Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul Bin Tengku Abdul Aziz; Menteri Wilayah Persekutuan, Dato Sri Dr Shahidan Kassim; Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Hj. Mahadi bin Che Ngah Group; Pengerusi Prasarana, Tan Sri Jamaludin Ibrahim; Presiden dan CEO Prasarana, En Mohd Azharuddin Mat Sah; CEO MRT Corp, Datuk Mohd Zarif Hashim; dan Naib Pengerusi Eksekutif MRCB, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Pakej baharu yang dilancarkan oleh Perdana Menteri hari ini akan membolehkan setiap penumpang menikmati perjalanan sepanjang hari dengan hanya RM3.75 mulai 1 Disember 2021.

Ianya merupakan berita baik buat rakyat Malayisia keranabakal menikmati perjalanan tanpa had menerusi perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang, pada hujung minggu dan cuti umum tidak lama lagi.

Apakah Pas Keluarga Malaysia?

Pas ini merupakan inisiatif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam secara tanpa had selama satu hari.

Dengan menggunakan pas ini, rakyat boleh beriadah, bersiar-siar dan menghabiskan masa berkualiti dengan orang tersayang sambil mengunjungi pusat-pusat beli belah atau tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar jaringan pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan Selangor

Baca juga: Cara Daftar Vaksin Dos Penggalak (Booster) Untuk Tunai Umrah

Harga Pas Keluarga Malaysia?

Pas ini boleh dibeli pada harga RM15 untuk pakej 4 orang di mana-mana stesen LRT, MRT, monorel dan BRT atau mana-mana kaunter RapidKL berhampiran.

Tempoh Sah Pas

  • Warganegara Malaysia.
  • Sah pada hari Sabri, Ahad & Cuti Umum.
  • Perkhidmatan LRT, Monorel, MRT & LRT sahaja.
  • Boleh didapati bermula 1 Disember 2021.

Maklumat Lanjut

Untuk info dan makluman lanjut, sila layarihttps://myrapid.com.my/

Pas Keluarga Malaysia: Cara Pembelian Dan Harga Pakej SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...