EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Keluar air mata jantan, Zahirah kongsi reaksi Aiman Hakim dapat tahu bakal jadi bapa

0 month ago, 12-Sep-2020

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga sudah semestinya memasang impian untuk memiliki zuriat sendiri bagi membina sebuah keluarga.

Begitu juga dengan pasangan selebriti, Aiman Hakim Ridza dan isterinya Zahirah MacWilson, yang baru-baru ini memaklumkan bakal menimang cahaya mata yang pertama.

Mengimbas kembali detik mengenai berita kehamilannya, Zahiran menerusi muat naik video di Instagramnya telah berkongsi reaksi pertama suaminya apabila mendapat tahu bakal bergelar bapa.

Jelas kelihatan bahagia di wajah Aiman, apabila saat yang dinantikan untuk mendapatkan zuriat akhirnya dimakbulkan juga oleh Tuhan.

Jelas Zahirah, menjadi seorang ibu adalah impiannya selama ini membuatkan dia berasa bersyukur dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata.

Semoga kandungan Zahirah berada dalam keadaan sihat dan dipermudahkan urusan melahirkan bayi sulungnya nanti.

: Zahirah MacWilson


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...