EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Raf Keluar Belajar Agama Tiga Hari, Mawar Rashid Sebak Dan Rindu Suami

0 month ago, 28-Aug-2021

Pelakon Mawar Rashid akui dirinya rindu dan sebak memikirkan suaminya, Raf Yaakob yang khabarnya telah keluar daripada rumah selama beberapa hari demi mendalami ilmu agama Islam.

Advertisement

Perkara tersebut dikongsikan Mawar di laman Instagram miliknya dan turut memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana suaminya antara insan terpilih oleh Allah.

Hari ini rasa sebak dan dalam masa sama rasa syukur terharu suami keluar menuntut ilmu agama Islam. Terima kasih ustaz @ebitlew sebab jemput suami Mawar ke tempat menuntut ilmu. Ingat lagi dia cakap, apa-apa saja untuk menambah baikkan perihal keluarga, apa sahaja untuk pahala dunia akhirat, dia akan pergi sebab nak bimbing isterinya ke jalan Allah.

Menjengah ruangan komen, ramai peminat serta rakan artis mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut selain menganggap Mawar bertuah kerana memiliki suami seperti Raf.

Sekadar info, Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid,26, telah mengambil keputusan untuk berhijrah dengna mengenakan hijab sepenuh masa sejak setahun yang lalu.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Raf Keluar Belajar Agama Tiga Hari, Mawar Rashid Sebak Dan Rindu Suami first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...