EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kelopak mata turun dan perlu dibedah akibat memakai kanta lekap secara berterusan selama hampir 10 tahun

5 month ago, 11-Jul-2019

"Malulah kalau pakai cermin mata, tak sesuai dengan muka aku, nanti muka nampak macam bulat sangat. Kalau pakai contact lens, senang sikit nak bergerak, nak buat kerja, cantik pun cantik!"

Memang pada asasnya tujuan pemakaian kanta lekap iaitu kepingan plastik nipis melengkung yang dilekapkan pada kornea adalah untuk membaiki masalah rabun atau terapeutik. Ini kerana setiap kanta lekap juga mempunyai 'power' yang sesuai dengan tahap kerabunan si pemakai.

Namun dewasa ini pemakaian kanta lekap dilihat sebagai satu 'trend' dan membolehkan sesiapa sahaja bergaya dengan warna atau corak kanta lekap yang pelbagai biarpun si pemakai tidak rabun.

Pemakaian kanta lekap secara umumnya ialah 8 hingga 12 jam sehari. Setiap pemakai perlu mematuhi tempoh masa yang disarankan oleh syarikat pengeluar kanta lekap. Ini kerana pemakaian kanta lekap dalam jangka masa yang panjang boleh mengundang bahaya pada mata.

Seorang pengguna Instagram, Camillia Lim berkongsi kisah dirinya yang terpaksa menjalani pembedahan mata akibat pemakaian kanta lekap yang terlalu kerap.

Menurut Camillia, dia telah memakai kanta lekap setiap hari dan setiap masa selama hampir 10 tahun. 90% kenalannya tidak menyedari akan perubahan yang berlaku pada matanya kerana dia kerap mengenakan makeup jenis 'Smokey Eye' dan memakai bulu mata palsu. Sehinggalah pada suatu hari, ada rakan yang menegur mata kanannya nampak letih dan berbeza.

Keadaan iris kanannya yang ditutupi kelopak mata berbanding iris kiri membuatkannya tidak selesa dan bimbang. Tanpa berlengah, Camillia segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan.

Selepas dirawat, doktor mengesahkan Camillia mengalami Ptosis iaitu keadaan di mana kelopak mata atas turun. Keadaan ini berlaku apabila otot yang berfungsi untuk mengangkat kelopak mata tidak dapat berfungsi sepenuhnya. Kesannya, bukaan mata menjadi lebih kecil dan akhirnya mempengaruhi penglihatan pesakit.

Gambar Hiasan | amadi aesthetics

Pembedahan merupakan rawatan yang selalu diberikan kepada pesakit dan Camillia tidak terkecuali.Kos pembedahan mata tersebut menelan belanja sebanyak RM3,000 namun mujurlah dia memiliki insurans.

Camillia turut menasihati orang ramai terutama yang berkemungkinan mengalami keadaan sepertinya untuk memeriksa mata dan mendapatkan rawatan sebelum ptosis tersebut semakin memudaratkan kesihatan mata.

Untuk mengelakkan daripada berlaku sebarang implikasi buruk akibat pemakaian kanta lekap, anda haruslah mempertimbangkan beberapa perkara sebelum membeli kanta lekap:

  1. Jenis rabun - ketahui jenis rabun anda dan pilih kanta lekap yang sesuai.
  2. Gaya hidup atau pekerjaan - Jika anda bekerja di kawasan yang berhabuk dan kotor, tidak boleh memakai kanta lekap.
  3. Masa memakai kanta lekap - Fikirkan dalam sehari berapa lama anda perlu memakai kanta lekap. Ingat, jangan tidur dengan menggunakan kanta lekap kerana akan meningkatkan risiko penyakit mata.
  4. Penjagaan kanta lekap - Fikirkan bagaimana anda hendak menyelenggara kanta lekap tersebut.
  5. Kesesuaian memakai kanta lekap - Lakukan pemeriksaan mata sebelum anda membeli kanta lekap kerana tidak semua orang sesuai menggunakan kanta lekap.

Gambar Hiasan | unsplash

Selain itu, tempoh masa pemakaian kanta lekap tidak harus dipandang enteng.

  1. Daily wear contact lenses - Kanta lekap dipakai pada waktu pagi dan mesti ditanggalkan pada waktu malam sebelum tidur. Kanta lekap jenis ini paling banyak terdapat di pasaran dan bertahan sehingga 1 tahun.
  2. Extended wear soft contact lens - Kanta lekap dapat digunakan sehingga 14 jam lamanya kerana diperbuat daripada silikon lembut yang berkelembapan tinggi. Kanta ini membolehkan si pemakai memakainya secara berterusan selama beberapa hari. Walau bagaimanapun mesti dibuka sekali dalam seminggu untuk merehatkan mata.

Namun jika anda mengalami mata merah dalam tempoh masa tertentu, anda harus menanggalkan kanta lekap tersebut. Ini kerana, berkemungkinan tempoh masa tersebut adalah had mata anda boleh memakai kanta lekap.

unsplash

Kekerapan membuang dan mengganti kanta lekap juga sebenarnya dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan seterusnya penyakit mata.

  1. Daily disposable lenses -Selepas 1 hari dipakai, kanta lekap dibuang. Kanta jenis ini mempunyai risiko mendapat jangkitan paling rendah kerana mata sentiasa memakai kanta lekap yang baharu.
  2. Disposable lenses - kanta lekap dibuang dan diganti setiap 2 minggu atau setiap bulan.
  3. Frequent replacement lenses - kanta lekap dipakai dan dibuang selepas tempoh satu bulan.
  4. Conventional lenses - Ini adalah jenis kanta lekap yang biasa digunakan kerana kosnya tidak mahal. Kanta lekap ini hanya perlu dibuang dan diganti dengan yang baharu setiap tahun. Tetapi harus diingatkan bahawa pemakai perlu mengekalkan penjagaan yang rapi.

Kesimpulannya, tidak salah jika anda hendak memakai kanta lekap tetapi perlu mematuhi cara penggunaannya. Apa yang lebih penting ialah rehatkan mata anda daripada berterusan menggunakan kanta lekap demi menjaga kesihatan mata.

: World of Buzz

Kelopak mata turun dan perlu dibedah akibat memakai kanta lekap secara berterusan selama hampir 10 tahun Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...