EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kelindan lori putus tangan kiri

0 month ago, 19-Nov-2020


SEBERANG PERAI Seorang kelindan lori putus tangan kiri selepas terlibat kemalangan membabitkan dua buah lori di kilometer (KM) 155.3 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan dekat Nibong Tebal di sini awal pagi tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu melibatkan tiga mangsa yang cedera, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Pemandu berusia 40-an cedera ringan, manakala kelindannya berusia 20-an putus tangan kiri dan pemandu sebuah lori lain berusia 20-an selamat.

Mangsa yang tersepit berjaya dibawa keluar pukul 4.53 pagi selepas bomba tiba pukul 4.27 pagi, katanya kepada pemberita hari ini.

Sementara itu, jurucakap tersebut berkata, seorang pemandu dilaporkan cedera dalam kemalangan berbeza membabitkan dua buah lori dan sebuah treler di KM157 PLUS arah selatan dekat Nibong Tebal kira-kira pukul 2.30 pagi.

Seramai tiga mangsa terlibat termasuk seorang yang tersepit dan telah dikeluarkan pukul 3.07 pagi selepas bomba tiba di lokasi kejadian pada pukul 2.49 pagi, katanya.


Kedua-dua operasi itu digerakkan oleh Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap.


Kredit : #KOSMO!

19 November 2020, 8:50 am



SUMBER : penangkini.com

Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...