www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kelebihan Istighfar

0 month ago, 14-Feb-2019


Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Kita semua pasti pernah mengalamihari yang sukar. Kereta rosak, anak sakit, tiada air berhari-hari, dibebanihutang, pasangan merajuk, kerja tidak siap dan pelbagai lagi cabaran hidup.

Pada saat itu, emosi pasti terganggu bagaikan mengalami cuacapanas terik. Allah mengajar kita, penyejuknya adalah dengan beristighfar.Allah sengaja mendatangkan pelbagai masalah untukmelihat sejauh mana kita menyelesaikannya. Adakah kita menjadi seorang merintihmasalah atau berusaha mencari jalan penyelesaian?

Lazimnya lafaz istighfar itu diungkapkan sebagai zikir untuk memohon keampunan kepada Allah. Ia juga dilafazkan selepas kita tersedar daripada melakukan dosa. Harapan kita tentu sekali supaya dosa kita dihapuskan. Namun, manfaat istighfar lebih jauh daripada itu.

Di dalam kehidupan kita, kita perlulah banyak beristighfar kepada Allah SWT iaitu memohon ampun kepada-Nya di atas segala dosa dan kesilapan yang telah kita lakukan. Ini kerana, Nabi SAW yang diketahui bahawa Allah SWT telah mengampunkan dosanya yang telah lalu dan akan datang tidak pernah meninggalkan istighfar ini.

Di dalam sebuah hadith, diceritakan bahawa Nabi SAW beristighfar lebih daripada 70 kali sehari sebagaimana yang diriwayatkan di dalam Sahih Imam al-Bukhari:

Daripada Abu Hurairah RA, bahawabeliau mendengar Rasulullah SAW bersabda:

????????? ?????? ?????????????? ??????? ????????? ???????? ??? ???????? ???????? ???? ????????? ???????

Maksudnya: Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar kepada Allah dan memohon ampun kepada-Nya setiap hari lebih daripada 70 kali.[Riwayat al-Bukhari (6307)]

Tidak ada kalimat yang lebih sejuk di hati daripada istighfar. Istighfar adalah ubat yang menyembuhkan berbagai penyakit di hati. Istighfar juga merupakan penawar hati ketika seseorang sedang risau. Bahkan Rasulullah SAW menyampaikan bahawa barangsiapa selalu beristighfar maka Allah akan memberinya jalan keluar dari setiap masalah yang dia hadapi.

Kalau kita pernah mengalami masalah yang sulit dipecahkan, marilah kita perbanyak mengucapkan “Astaghfirullahal ‘azhim”. Demikian menunjukkan akan pentingnya istighfar di dalam kehidupan seharian kita.

Wallahua’alam




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts