EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha

0 month ago, 29-Jul-2020

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Alhamdulillah, syukur pada Allah kita masih berpeluang menyambut bulan Zulhijjah yang mana terdapat banyak kelebihan yang ada pada bulan tersebut. Antaranya hari Arafah dan hari raya aidiladha

Memandangkan esok adalah merupakan hari wuquf di Arafah bagi mereka yang berada di Tanah Suci. Di doakan kepada semua jemaah haji di sana diberikan kesihatan yang baik serta mendapat haji mabrur walaupun masih lagi dalam situasi pandemik covid-19. Semoga Allah lindungi mereka semua. InsyaAllah.

Dalam Sahih Bukhari dan Muslim, daripada Umar bin al-Khattab RA, terdapat seorang lelaki dalam kalangan Yahudi berkata kepadanya, ”Wahai pemimpin orang yang beriman! Terdapat ayat dalam kitab kamu yang jika diturunkan kepada kami orang Yahudi, sudahtentu kami akan jadikannya sebagai hari raya kami. Umar SAW bertanya, Ayat yang mana satu?” Dia menjawab

????????? ?????????? ?????? ????????? ???????????? ?????????? ????????? ????????? ?????? ???????????? ?????? ? ?????? ???????? ??? ?????????? ?????? ??????????? ????????? ? ??????? ???????? ??????? ????????

Maksudnya: ‘Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan ) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa ( maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah al-Ma’idah: 3)

Umar berkata lagi,”Sesungguhnya aku mengetahui hari dan tempat yang telah diturunkan tentangnya iaitu ketika Rasulullah SAW berdiri di Arafah pada hari Jumaat.” Diriwayatkan oleh al-Tirmizi daripada Ibnu Abbas dan seumpamanya, beliau telah berkata ,”Ia telah diturunkan padaduahari raya; hari Jumaat dan juga pada hari Arafah.”

Hari raya Aidiladha (Korban)

Hari Raya Korban (Aidiladha) iaitu hari raya yang paling besar dan banyak kelebihannya. Hari raya ini dilakukan setelah kita sempurna menyelesaikan ibadah haji yang merupakan rukun Islam yang kelima.

Apabila orang Islam selesai menunaikan haji mereka, maka diampunkan segala dosa mereka. Sesungguhnya menyempurnakan haji dengan wukuf di padang Arafah merupakan rukun haji yang sangat agung seperti sabda Rasulullah SAW:

Maksudnya:”Haji itu berada di Arafah.” (Riwayat Ibnu Majah (3015), al-Nasaie (3016)

Hari Arafah

gambar di padang arafah

Baca juga: Panduan solat sunat Hari Raya Aidil Adha

Hari Arafah merupakan hari pelepasan daripada api neraka dengan Allah melepaskan daripada azab api neraka bagi mereka yang wukuf di Arafah dan kaum muslimin di negara lain yang tidak berwuquf.

Oleh itu, hari yang selepasnya dijadikan hari perayaan bagi semua kaum Muslimin di tempat masing-masing, sama ada mereka yang pergi menunaikan haji atau tidak, disebabkan kesemuanya layak mendapat keampunan dosa dan terlepas daripada azab api neraka pada hari Arafah.

Apabila selesai melakukan ibadat di Arafah, maka terlepaslah orang-orang beriman itu daripada azab api neraka dan selepas itu semua umat Islam menyambut hari raya.

Hari Raya Korban merupakan hari raya paling agung dan banyak kelebihannya. Pada hari itu, umat Islam berkumpul pada tempat dan waktu yang mulia iaitu pada padang Arafah. Selepasnya ialah hari Tasyrik khusus nya bagi mereka yang mengerjakan haji.

Tiada perbezaan antara yang kaya dan miskin, semua akan menyambut hari raya dalam keadaan yang sama. Setiap hari pada hari-hari itu adalah hari raya bagi orang yang mengerjakan haji , sepertimana yang terdapat dalam hadis Uqbah bin ‘Amir bahawa Nabi SAW bersabda,

Maksudnya:” Hari Arafah, Hari Raya Korban, dan hari tasyrik adalah kesemuanya hari raya bagi umat Islam, ia merupakan hari makan dan minum.

Riwayat al-Tirmizi (773),Abu Daud (2419), al-Nasaie (3004), Imam Ahmad (17379) di dalamMusnad

Sebaik-Baik Hari

mataf masjidil haram mekah

Diriwayatkan juga bahawa hari Arafah adalah sebaik-baik hari. Jabir RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya :”Sebaik-baik hari ialah hari Arafah. [RujukJami usul fi ahadis al-Rasul (6867)]

Seperti mana terdapat dalam Sahih Muslim daripada Sayidatina Aisyah, Rasulullah SAW bersabda,

Maksudnya :” Tiada hari yang Allah banyak membebaskan daripada neraka melebihi hari Arafah. Allah mendekati mereka lalu Allah membanggakan mereka kepada para malaikat. Allah berfiman, ‘Apa yang diinginkan oleh mereka?”’ [Riwayat Muslim (3354), Ibnu Majah (3014)]

Berpuasa Pada Hari Itu

Baca: Kelebihan amalkan puasa sunat

Daripada Abu Qatadah bahawasanya Nabi SAW bersabda;

Maksudnya: “Puasa pada hari Arafah,Aku berharap pada Allah agar dihapuskan dosa yang sebelum dan selepas tahun itu. [Riwayat Muslim (1162)]

Begitulah sebahagian dari kelebihan Hari Arafah dan Hari Raya Aidiladha yang telah disebutkan oleh Baginda Nabi SAW. Semoga Jemaah Haji pada tahun ini mendapat haji yang mabrur walaupun dalam kekangan pandemik covid-19. Bagi mereka yang tidak menunaikan haji tahun ini, perbanyakanlah amalan pada hari tersebut. Semoga Allah merahmati dan mengampunkan kita semua. Amiinn.


SUMBER : denaihati.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...