EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kelantan pula kena PKPB

0 month ago, 20-Nov-2020

CYBERJAYA – Kelantan menjadi negeri terbaharu yang akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berikutan peningkatan kes Covid-19 di negeri tersebut.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPB di seluruh Kelantan akan bermula esok hingga 6 Disember hadapan.

“Pelaksanaan PKPB ini bagi membolehkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar dan untuk mengurangkan pergerakan dalam kalangan komuniti di seluruh negeri ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, antara prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai ialah pergerakan keluar masuk atau merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes-kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran daripada polis.

Katanya, bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan.

Pada masa sama katanya, hanya tiga orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan
keluar untuk membeli barangan keperluan dan individu yang berisiko tinggi dan kanak-kanak tidak digalakkan keluar ke kawasan awam, terbuka dan sesak.

“Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz adalah ditutup.

“Aktiviti-aktiviti keagamaan di masjid dan surau seperti laungan azan, solat lima waktu dan solat Jumaat akan ditentukan oleh pihak berkuasa agama negeri manakala semua aktiviti sosial dan budaya adalah tidak dibenarkan,” katanya.

Sementara itu, katanya, semua kegiatan ekonomi dibenarkan beroperasi seperti biasa mengikut SOP yang telah ditetapkan.-MT

Kelantan pula kena PKPB Malakat Tribune.



Save on your hotel - hotelscombined.com

Live Website Traffic


loading...