www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kelantan mahu rantai duo Brazil

0 month ago, 17-May-2019


KELANTAN perlu merantai kelincahan dua penyerang import Negeri Negeri Sembilan apabila kedua-dua pasukan itu berentap dalam saingan Liga Premier di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini, lapor RIFQIE RUZAIEN.

Pengendali Kelantan, Yusri Che Lah mengakui kelibat penyerang import baharu dari Brazil, Igor Luiz serta Jose Almir Neto perlu diberi perhatian benteng pertahanan mereka seandainya tidak mahu kubu mereka dibolosi.

Kalau tengok ketika Kelantan tewas besar 2-5 kepada Negeri Sembilan di Kota Bharu, tiga gol dalam tempoh 10 minit mereka hasil daripada serangan balas pantas dan saya rasa kita perlu mengekang pemain nombor sembilan (Almir Neto) itu.

Mereka juga baru mengikat pemain import baru (Igor Luiz) yang beraksi baik ketika menewaskan TFC (Terengganu FC) II baru-baru ini, jadi kita kena sekat dua penyerang ini agar tidak memberi masalah kepada kita, katanya kepada Sukan Sinar semalam.

Pada masa sama, Yusri turut mengingatkan barisan pemainnya agar tidak melakukan kesilapan berulang yang boleh menyebabkan mereka terus gagal mencatatkan kemenangan untuk keluar dari zon penyingkiran.

Yusri berkata, anak-anak buahnya tidak boleh beraksi dengan corak permainan terbuka kerana mereka sudah pasti akan menghukum dengan serangan balas pantas skuad kendalian Mohd Zan Mat Aris itu.

Saya telah ingatkan mereka agar lebih fokus dan kita terpaksa ubah sedikti percaturan taktikal kerana perlu mengejar mata memandangkan pasukan di atas iaitu Sarawak dan UKM FC tidak terlalu jauh perbezaan mata.

Apa yang perlu saya fikirkan untuk pertemuan ini adalah kita kena berusaha mendapatkan mata bagi memastikan Kelantan kekal dalam Liga Premier terlebih dahulu, katanya.

Dalam pada itu, Yusri terus menagih kepercayaan pemain tempatan berikutan The Red Warriors sekali lagi tidak akan menurunkan tenaga import tunggal mereka untuk berdepan skuad Jang itu.

Kita akan terus berjuang tanpa pemain import walaupun saya telah lihat tanda-tanda pemulihan Cassio (de Jesus) untuk kembali beraksi, cuma untuk pertemuan malam esok (malam ini), saya masih bergantung kudrat pemain tempatan, katanya.

Kelantan mahu rantai duo Brazil Sukan Sinar.




SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts