EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Isu air Kelantan : UMNO patut malu bukan berlagak Hero

0 month ago, 10-May-2022

Kerana itu UMNO Kelantan tidak sewajarnya mempolitikkan isu air ini. Kerana UMNO lah punca Kelantan terkebelakang dari segi jalan dan bekalan air. 

Atas nama penyatuan ummah, kita sebagai anak Kelantan telah cuba untuk melupakan segalanya. Diskriminasi, anak tiri dan pengabaian itu semua luka yang kami pendam. Diamkan sahaja. 

Hampir sahaja luka itu mahu sembuh, darahnya mulai kering dan meninggalkan parut, UMNO Kelantan menghiris kembali dengan menjadikan isu air untuk menyerang Kelantan. 

Inilah hodoh dan celakanya UMNO. 

Jika kita tidak mahu ditunding pada hal yang memang kita lakukan, jangan pula menyucuk luka lama. Makan penamparlah jawabnya. 

Begitu juga jika kita mahu dinilai dengan adil maka sewajarnya UMNO pun kena adil melihat usaha keras Kerajaan Kelantan menyelesaikan masalah air ini. 

Akibat diskriminasi UMNO bertahun lamanya, sepanjang 4,006 km daripada 8,121 km paip dalam keadaan rosak dan uzur berada dibawah bumi Kelantan. Mengakibatkan NRW di Kelantan sebanyak 53%.

NRW ni air bocor, kalau lepas air 100 liter di Kelantan, hanya 47 liter je sampai pada rakyat. 53 liter lagi tak tahu bocor pergi mana. Mudahnya begitu. 

Sekali lagi, inilah hasil kerja jahat tinggalan UMNO. 

Ya, 2016 buka sejarah baharu. Tapi apakah dalam masa 5 tahun ini paip sejauh jarak Malaysia ke India itu boleh diselesaikan segera sehingga UMNO Kelantan memulakan serangan?

Anda berbangga dengan penghapusan hutang sebanyak RM56 juta walhal isu air di Kelantan memerlukan RM 7 billion. Ibaratnya 20 tahun lebih kau pijak kami sampai patah riuk tangan, kaki dan tulang rusuk. Kemudian kau bagi RM 50 suruh pergi hospital. 

Dan kau bangga sebab beri RM 50 itu. Cis. Sepatutnya kau kena malu dan tak patut angkat muka bila lalu depan kami. 

Alhamdulillah, Kerajaan Kelantan terus bekerja keras untuk memastikan isu air ini dapat diatasi sekurang- kurangnya memenuhi keperluan 513 juta liter per hari. 

Melalui dua kaedah ;

1] Kurangkan NRW dengan menukar paip lama dan uzur melalui pinjamaan PAAB, 2018 : 214 km, 2019 : 225 km dan 2021-2023 : 343 km. 

2] Meningkatkan bekalan air dengan membina 8 Mini Loji Rawatan Air baharu di bawah pembiayaan AKSB dengan nilai RM 49 juta ;

1. Teluk Mesira - mula 2020 - 78% progress
2. Ketereh - mula 2020 - 99% progress
3. Jelawat - mula 2021 - 22% progress
4. Wakaf Baharu - mula 2021 - 89% progress
5. Kg Perol - 2021 - mula 42% progress
6. Meranti - Proses kenalpasti tapak
7. Kedai Buluh - Proses kenalpasti tapak
8. Tendong - Proses kenalpasti tapak

Ya, isu air tidak mampu diselesaikan oleh negeri-negeri sendirian, perlu kepada bantuan Kerajaan Persekutuan. Oleh itu jangan lagi diskriminasi kami dan jangan hina kami bila pusat berikan bantuan. 

Lihatlah bagi tempoh 5 tahun / sepenggal (2018-2023) hanya 783 km sahaja mampu diganti daripada 4006km. Jikalah UMNO berikan bantuan sejak 1990, 783 km darab 5 penggal (1990-2013).  

Bukankah sudah 3,915 km paip yang boleh ditukar? 

Sempena 9 Mei tarikh kejatuhan UMNO di Malaysia, anda patut malu dengan rakyat Kelantan, bukannya mendabik dada. Shame on you UMNO! 

Ahmad Fahmi Mokhtar



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...