www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Enam kelab penyokong Perak cadangkan MB terajui Pafa

0 month ago, 10-Nov-2018


NORMAWATI ADNAN

ENAM kelab penyokong bola sepak Perak, semalam memberi cadangan agar Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu diangkat sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa).
Cadangan disuarakan Die Hard Fanz Perak, Ipoh City Fan, Kelab Peminat Bola Sepak Perak, Pafa Fan Club, Support Fan of Perak dan Seladang Fan Club itu berikutan pengumuman peletakan jawatan Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim selaku presiden, kelmarin.
Presiden Die Hard Fanz Perak, Roslan Mat Baharom berkata, dalam kemelut sekarang, tidak ada bayangan individu lain yang lebih layak menerajui pimpinan persatuan itu.
“Kita amat perlukan orang nombor satu dalam kerajaan untuk berada dalam pimpinan Pafa.
“Selaku juara Piala Malaysia, inilah keadaan terbaik untuk meletakkan pasukan bola sepak Perak pada tahap paling maksimum, jadi kita perlukan barisan pengurusan yang terbaik,” katanya pada sidang media, semalam.
Beliau berkata, pemilihan menteri besar juga dapat memperlihatkan peranan kerajaan negeri dalam membangunkan sukan ini secara holistik dengan menggalakkan ketelusan.
Katanya, menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia, 27 Oktober lalu, banyak isu berlaku seperti jualan tiket dan sebagainya yang semuanya dilihat ada kaitan dengan kepentingan peribadi.
“Bila menteri besar sendiri dilantik presiden, dapat menepis persepsi segelintir peminat dan penyokong terhadap pihak yang mengendalikan Pafa.
“Kedudukan ini juga nanti akan mudahkan sebarang bentuk saluran sumbangan atau tajaan daripada sektor korporat dan swasta,” katanya.
Pihaknya bagaimanapun akur dengan sebarang pelantikan presiden dan tetap memberi sokongan padu pada perkembagan sukan bola sepak di negeri ini.
“Ini suara dari kelab penyokong dan kita harap Pafa dapat mempertimbangkan cadangan ini, di akhir nanti, siapa pun tadbir, ia perlu bebas dari sebarang unsur politik,” katanya.
Dalam pada itu, wakil Pafa Fan Club Gerik, Mohd Shazman Rosli mengalukan semua ahli kelab hadir memeriahkan sambutan
kejayaan pasukan itu, 11 November ini.
Katanya, konflik membabitkan Piala Malaysia telahpun berakhir dan seharusnya kejayaan mengharumkan nama Perak dapat diraikan bersama.
“Walaupun aura juara itu seakan sudah tak ada, tradisi meraikan kejayaan ini perlu diteruskan,” katanya.

 

Enam kelab penyokong Perak cadangkan MB terajui Pafa Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts