EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kekuatan Pasukan Bersenjata Udara Negara Kini Di Belakang Beberapa Negara Mundur Asia ?

0 month ago, 08-Jun-2021

Baru-baru ini rakyat negara kita digemparkan dengan tindakan 16 pesawat penggempur China yang menceroboh ke ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR.

Cubaan yang berlaku pada 31 Mei yang lalu menggunakan pesawat jenis Ilyushin Il-76 dan pesawat Xian Y-20 itu bagaimanapun berjaya dihidu pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang bertindak memintas pesawat-pesawat berkenaan sebelum mereka melakukan pusingan- U .

Kedutaan China di Malaysia kemudian tampil menjelaskan bahawa ia hanyalah satu latihan latihan penerbangan biasa; satu jawapan yang tidak disenangi majoriti rakyat negara kita.

Baca artikel berkaitan : 16 Pesawat China Lalu Ruang Udara Negara, Ini Respon Kedutaan Besar China di Malaysia

Kejadian tersebut menyebabkan orang ramai tertanya-tanya, sejauh manakah keupayaan sistem pertahanan negara kita dan adakah kita bersedia sekiranya kejadian seperti ini akan berulang lagi.

Pesawat Tempur SukhoiSu30MKM milik TUDM

Armada udara negara di posisi ke 60 dunia dan ke 26 di Asia

Terbaru menerusi laporan Utusan Malaysia yang memetik portal Asian Community, tahap kekuatan pasukan bersenjata udara negara pada ketika ini hanya berada di posisi ke-60 dunia dan ke 26 di benua Asia.

Meskipun angka tersebut secara globalnya dilihat sederhana kerana berada di tengah-tengah iaitu ke-60 dari 147 negara, namun keupayaan armada udara kita di benua Asia menurut Asian Community sebenarnya sudahpun dipintas oleh banyak negara mundur lain antaranya :

Afghanistan : ke- 16 di Asia dan 37 di dunia
Bangladesh : ke-23 di Asia dan 53 di dunia
Myanmar : ke 34 Dunia

Selain itu, dalam masa jika kesemua pesawat yang dikendalikan tentera udara, laut dan darat di ambil, kedudukan Malaysia dalam indeks tersebut ialah ke-61 di dunia daripada 147 negara, merujuk kepada data yang dikeluarkan laman Global Firepower, laman antarabangsa yang menjadi rujukan bagi perbandingan kekuatan ketenteraan negara di dunia.

Ranking keseluruhan ATM adalah ke- 44 dunia dan 19 di Asia

Namun menerusi rujukan kami di laman Global Firepower sendiri, ranking terbaru angkatan bersenjata kita iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) secara keseluruhanya (Angkata Udara, Darat dan Laut) bagi tahun 2021 sebenarnya adalah lebih selesa iaitu ke 44 dari 140 dunia dan ke-19 di Asia.

Foto : Global Firepower

Ranking ke 61 dunia hanya berpandukan jumlah kelengkapan aset udara

Malah kedudukan ke-61 bagi keupayaan armada udara juga sebenarnya dikira menerusi jumlah aset kekuatan kelengkapan udara yang dimiliki negara kita tanpa mengira jenis kegunaannya.

Menerusi statistik di portal Global Firewower, pasukan udara kita dilaporkan hanya mempunyai 147 pesawat berbanding Bangladesh (178 pesawat) Afghanistan (270 pesawat)

Ranking Malaysia berdasarkan jumlah kapal terbang
Ranking kekuatan tenteran udara Filipina (ke-52) & Bangladesh(ke-53) berdasarkan jumlah kapal terbang

Menerusi laporan sama 147 pesawat yang dimaksudkan adalah :

26 Jet gempur
13 Jet penyerang
18 Pesawat pengangkut
42 Helikopter
40 kapal terbang latihan
4 Tanker Fleet
4 Kapal Misi Khas

Foto: Global Firepower

Selain itu jumlah pesawat yang begitu banyak menjadikan beberapa negara seperti China, India, Korea Selatan dan Jepun menjadi top 6 ranking pasukan tentera udara di Asia dan dunia dibelakang Amerika Syarikat (13,233 pesawat)

China : No 3 dunia No 1 Asia (jumlah pesawat : 3260 )
India : No 4 dunia / No 2 Asia (jumlah pesawat : 2119 )
Korea Selatan : No 5 dunia / No 3 Asia (jumlah pesawat : 1581 )
Jepun : No 6 dunia / No 4 Asia (jumlah pesawat : 1480 )

6 tentera udara terkuat dunia berpandukan jumlah pesawat yang dimiliki

Rujuk di sini :



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...