EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kekayaan TMJ Jadi Bualan Media Antarabangsa

1 month ago, 03-Mar-2021

Akhbar terkemuka Marca yang berpengkalan di Sepanyol hari ini mendedahkan nilai kekayaan Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim (TMJ) selepas pemilik kelab bola sepak Johor Darul Tazim itu dikaitkan dengan pengambilalihan Valencia CF di La Liga.

Ia bukan perkara mustahil untuk berlaku mengambil kira persahabatan di antara TMJ dengan pemilik Valencia CF, Peter Lim seorang ahli perniagaa dari Singapura.

Menurut Marca, TMJ yang merupakan putera sulung Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mewarisi kekayaan keluarga berjumlah 750 juta.

Who is the man who wants to buy @valenciacf_en? ????https://t.co/n3onPk9u9e pic.twitter.com/wMKXIPEQTd

MARCA in English (@MARCAinENGLISH) March 3, 2021

Nilai kekayaan tersebut adalah berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Forbes sebelum ini. Turut menarik perhatian Marca dalam laporan tersebut adalah pencapaian TMJ bersama kelab bola sepak Johor Darul Tazim (JDT).

Bercakap mengenai JDT, sudah pasti Stadium Sultan Ibrahim turut antara yang diperkatakan dan stadium moden berkapasiti 40,000 itu dianggarkan bernilai 200 juta.

Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia? https://t.co/isudWbiz7v

Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) March 2, 2021

TMJ juga bukanlah watak yang asing dengan Valencia. Sebelum ini, TMJ pernah mendapatkan khidmat bekas bintang Valencia, Pablo Aimar untuk beraksi bersama JDT di saingan Liga Super Malaysia (MSL).

Beberapa pemain Valencia turut pernah dijemput berlatih bersama skuad JDT pada 2016. Antaranya adalah Jaume Domenech, Santi Mina dan Paco Alcacer.

Kesemua pemain tersebut dilaporkan teruja dengan pusat latihan serba canggih milik JDT dan teknologi yang ada di setiap fasiliti.

Laporan oleh Marca itu turut mendedahkan laporan oleh Cadena SER bagaimana TMJ pernah dijemput oleh Barcelona namun kemudiannya ditolak oleh baginda.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain melalui pautan di bawah:

Mahu Cabaran Baharu, TMJ Beri Bayangan Bakal Ambil Alih Valencia?

86% Penyokong Percaya Peter Lim Sedia Jual Valencia

Anak Peter Lim Tidak Faham Mengapa Keluarga Jadi Mangsa Maki Penyokong Valencia



SUMBER : semuanyabola.com



Live Website Traffic


loading...