EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Kejuaraan AFF B-18: Harimau Muda baham kanggaru

0 month ago, 13-Aug-2019

SKUAD Bawah 18 Tahun (B-18) negara melakar kejutan menewaskan Australia 3-0 dalam saingan Kumpulan B Kejuaraan AFF Bawah 18 tahun di Stadium Thanh Long, Ho Chi Minh Vietnam hari ini.

Kemenangan itu sekali gus memberikan harapan buat skuad bimbingan Brad Maloney melangkah ke saingan separuh akhir dan perlu melakar keputusan positif dalam perlawanan terakhir menentang Thailand, pada Khamis.

Dalam perlawanan itu, Luqman Hakim Shamsudin membuka jaringan pada minit ke-17 sebelum Azam Azmi Murad menggandakan kedudukan pada minit ke-38 dan Luqman memastikan tiga mata berharga buat Malaysia menerusi gol ketiga pada minit ke-38.

Ia menjadi kemenangan cukup bermakna buat pasukan negara apatah lagi skuad kanggaru itu dinilai bukan calang-calang pasukan dengan pemain mereka beraksi di saingan Liga Utama Australia (A-League) selain penjaga golnya, Kai Calderbank beraksi bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Burnley.

Malaysia kini berada di kedudukan kedua Kumpulan B berkongsi sembilan mata dengan Australia di kedudukan pertama dan hanya dibezakan dengan jumlah jaringan gol.

Kejuaraan AFF B-18: Harimau Muda baham kanggaru Sukan Sinar.


SUMBER : sukansinar.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com