www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Kejuaraan Eredivisie Ke-34 Ajax Amsterdam Istimewa Khas Untuk Nouri Abdelhak

0 month ago, 17-May-2019


Kejayaan Ajax menjuaraai Eredivisie musim ini telah didedikasikan kepada Nouri Abdelhak. Ianya kejuaraan ke-34 Ajax dan juga secara kebetulan jersi Nouri Abdelhak adalah 34.

That was Donnys interview about his friend Nouri. I hope it makes everyone realise that we shouldnt take what we have for granted. Tonight we will win our 34th title for Abdelhak Nouri. He will get the honour that he deserves. ?? pic.twitter.com/eUOP28zKdR

AFC Ajax ???? (@TheEuropeanLad) May 15, 2019

Jika beliau masih beraksi di atas padang, Nouri pastinya menjadi salah seorang watak penting dalam Ajax yang ada hari ini. Pasukan muda yang menjuarai semula Eredivisie dan kemudian mara sehingga ke separuh akhir UCL menyingkirkan Real Madrid dan Juventus.

Satu ketika dahulu Nouri Abdelhak pernah memasang impian untuk bermain dalam UCL dan mara sejauh mungkin bersama Ajax.

Abdelhak Nouri, October 2016:
One of my biggest dreams is to reach far in the @ChampionsLeague. That we can play with a lot of joy and entertainment. Its too long ago for us.

As @thomharting said:
This one is for you, Ap. ??????#REAAJA #UCL pic.twitter.com/ZdViIZHwlN

Ajax Youth Academy (@AjaxYA) March 6, 2019

Itulah Nouri Abdelhak. Pemain yang sentiasa bercita-cita besar di dalam kariernya. Rakan baiknya, Donny Van De Beek antara yang sangat faham dengan perangai Nouri.

Donny van de Beek scored in the 34th minute yesterday vs Juventus, the shirt number of his former teammate & close friend Abdelhak Nouri who suffered brain damage.

After the game he said: "That cannot be a coincidence. Very special, I will never forget that moment."

????? pic.twitter.com/XGUgJNP7KG

FutbolBible (@FutbolBible) April 17, 2019

Perginya sebutir permata

Kisah sedih melanda dunia bola sepak apabila pemain muda berusia 20 tahun mengalami kerosakan di bahagian otak. Dan beliau koma. Ajax membuat pengumuman bahawa Nouri Abdelhak tidak akan bermain bola sepak lagi.

Nouri mengalami hantukan teruk ketika perlawanan persahabatan menentang Werder Bremen.

A year ago today, Abdelhak Nouri collapsed during an Ajax friendly.

An exceptional footballer and more importantly a wonderful person, Nouri will never be forgotten. Our thoughts are with him and his family today.#StayStrongAppie pic.twitter.com/wn0RPlUZ8v

Dutch Football (@FootballOranje_) July 8, 2018

Para peminat bola sepak dari seluruh dunia mendoakan kesembuhan Nouri. Luis Suarez antara bintang yang memuat naik gambar beliau dan Nouri ketika pemain itu masih kecil.

????????Happy 22nd Birthday to Abdelhak Appie Nouri. A very talented kid who suffered a devastating heart attack two years ago which could lead to permanent brain damage.

Very sad. #StayStrongAppie pic.twitter.com/WzSy8LZCuy

FutbolBible (@FutbolBible) April 2, 2019

Nouri Abdhelhak merupakan antara pemain muda menyerlah dalam batch beliau. Era yang memiliki nama seperti Donny Van De Beek dan Matthijs De Ligt.

Great respect for the fans of @valletta_fc who showed sympathy for Abdelhak 'Appie' Nouri. Thank you #VallettaFC! #utrval #StayStrongAppie pic.twitter.com/n11JcwfE3f

Remco TP ??????????? (@Remco_TP) July 20, 2017

Nouri pemain dan insan yang hebat

Nouri menyertai program akademi Ajax dan belajar di Calvijn College. Salah satu program khas oleh Ajax dalam membantu para pemain remaja mereka bermain bola sepak dan membangunkan akademik.

Menurut Pengarah Kolej Calvijn Jolanda Hogewind, Nouri seorang pelajar yang bijak. Beliau suka membantu rakan-rakannya yang lain di dalam kelas. Antaranya mencadangkan kepada Pengerusi idea memberikan ipad kepada setiap pelajar di dalam kolej tersebut.

Sehingga ke hari ini, nama Nouri Abdelhak terus dikenang di kolej tersebut. Antara kenangang yang Jolanda Hogewind tidak akan lupa ketika Nouri dan Hakim Ziyech berkenan untuk menyampaikan sijil diploma kepada pelajar yang menghadiri kursus pengadil.

Setahun selepas itu, beliau diterima masuk ke dalam pasukan utama Ajax. Dan saya meminta beliau menghantar satu video untuk kami ucapkan tahniah. Sebenarnya beliau tidak perlu melakukannya, mungkin ia agak menyusahkan. Tetapi Nouri tetap menghantar video beliau kepada kami, tambah Jolanda lagi.

Exactly one year ago today. Abdelhak Nouri made his Ajax first team debut. #staystrongappie pic.twitter.com/26zXEuz6Zt

Dutch Football (@FootballOranje_) September 21, 2017

Jolanda mendedahkan Nouri seorang yang mesra dan sanggup meluangkan masa untuk berbincang dengan sesiapa sahaja.

Jika kamu tanya Abdelhak tentang bola sepak, sudah pastinya beliau boleh bercerita bila-bila masa. Namun begitu, jika kamu bertanya sesuatu selain bola sepak, misalnya tentang agama, beliau sangat terbuka.

Ramai pemain-pemain dari Ajax yang hampir mendapat kontrak profesional kadangkala sukar untuk berkomunikasi dengan mereka kerana ada antara mereka berperasaan saya big boy dalam kolej ini.

Namun bukan Abdelhak, beliau bukan seperti itu. Tiada kesombongan walau sedikit pun. Beliau akan sentiasa mendengar apabila kamu bercakap, dan mendengar apa sahaja cerita kamu.

Ketika Nouri bertarung nyawa di hospital, Jolanda dan para pelajar lain telah menghantar lebih 500 poskad yang megandungi mesej sokongan, doa dan pelbagai lagi. Mereka semua sangat emosi kerana Nouri sangat dekat di hati semua orang di kolejnya termasuk dengan para pelajar baharu.

Doktor tidak putus harapan. Mereka yakin Nouri akan sembuh dan menjalani kehidupan seperti biasa. Semua orang tidak putus harapan dan terus cuba melakukan apa termampu.

About FC Oss v #AjaxU21
last season Abdelhak Nouri gave this brilliant assist! ?? #ossjaj #AjaxU21 [@Foquintha] pic.twitter.com/R8gPOkd6WI

Ajax Youth Academy (@AjaxYA) September 29, 2017

Selamanya dalam ingatan

Seluruh peminat bola sepak meratapi pemergian beliau daripada lapangan bola sepak terutama sekali Ajax Amsterdam.

Ajax fans and players gathered at Abdelhak Nouri's family home to show their support for the young midfielder who collapsed a week ago???????????????? pic.twitter.com/eFrxdySbnX

Football Away Days (@sportingawayday) July 17, 2017

Beberapa rakannya telah menggunakan jersi no.34 sebagai penghormatan kepada Nouri. Banyak lagi penghormatan diberikan oleh bintang bola sepak dari seluruh dunia dan peminat kepada Nouri Abdelhak.

Justin Kluivert (AS Roma), Kevin Diks (Fiorentina), Amin Younes (Napoli) and Philippe Sandler (Man City) all changed clubs this summer and all took the number 34 to pay homage to their friend, Abdelhak Nouri. pic.twitter.com/FNsVtSvV3A

FourFourTweet (@FourFourTweet) January 6, 2019

34

Ajax menjuarai Eredivisie pada 2018/19 dan mereka mendedikasikannya kepada Nouri Abdelhak. Wajah Nouri dicetak dengan no.34 di lengan baju mereka. Keluarga Nouri dijemput untuk meraikan kejuaraan tersebut bersama-sama para pemain lain.

Ajax invited Abdelhak (Appie) Nouris father and brother to the title celebrations and let them lift the titles pic.twitter.com/9mA2xgaULK

The Render (@TheRenderSports) May 16, 2019

Kapten muda Ajax, Matthijs De Ligt dalam ucapan beliau berkata: Amsterdam, Ajacieden! Kami dedikasikan kejuaraan ini kepada Nouri, kepada Nouri Abdelhak kita. Ini untuk kamu!

Mathijs de Ligt: Amsterdam, Ajacieden! We dedicate this title to Nouri, to our Abdelhak Nouri! This is for you! pic.twitter.com/VcS7foWqqx

AFC Ajax ???? (@TheEuropeanLad) May 16, 2019

???? Daley Blind: "I had a lump in my throat when Abdelhak Nouri's father spoke. A very emotional moment. It was fantastic to see how the crowd responded, and fantastic that Appie's father and brother wanted to be here for him."

???? @veronicainside pic.twitter.com/ZhUwWq3E1n

AjaxTimes (@ajaxtimes) May 17, 2019

Tahniah Ajax di atas kejayaan ke-34 anda. Dan untuk Nouri Abdelhak 34, selamanya dalam ingatan kami semua. Kemungkinan antara bakat terbaik yang tidak pernah kami saksikan.




SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts