EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Nak kejar saham akhirat, Pak Nil berjaya kumpul RM31 000 dana untuk anak2 tahfiz

0 month ago, 24-Jul-2020

Baru-baru ini, pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi telah berjaya mengumpul dana untuk disalurkan kepada anak-anak tahfiz Maahad Tahfizul AlQuran.

Terkesan dengan kedaifan yang ditempuhi anak-anak tahfiz tersebut, Aznil telah menjalankan satu kempen kutipan dana di laman Instagramnya.

Sumbangan tersebut bertujuan untuk memperbaiki kediaman anak-anak tahfiz yang terletak di Cheras, yang dimana memiliki fasiliti yang terhad dengan banyak kerosakan.

Saya juga nak kejar saham akhirat. Dalam masa sama, saya juga nak ajak semua ke arah sama. Ini antara cara saya nak membantu apa adanya

Alhamdulillah, ada ramai yang bermurah hati mengurangkan beban sekali gus membantu pihak pusat tahfiz ini memperbaiki apa yang kurang. Sejak PKP lalu mereka terus diuji

Dimaklumkan, setakat ini sudah ada RM31,000 berjaya dikumpul untuk disalurkan ke pusat tahfiz itu berkat derma orang ramai termasuk peminatnya bagi meringan bebab anak-anak tafhzi madrasah berkenaan.

Banyak sudut di pusat tahfiz itu rosak. Ada yang dimakan anai-anai, malah bumbung tempat mereka berteduh pun bocor hingga dimasuki air hujan. Malah masih tinggi lagi tanggungan yang pusat tahfiz ini perlu demi meneruskan operasi

Aznil memberitahu, dia pernah menganjurkan majlis khatam Al Quran untuk anak tahfiz di pusta tersebut sebelum ini. Dalam hatinya juga pernah terdetik nak jadikan ambil beberapa orang daripada anak tahfiz itu sebagai anak angkat.

: Datuk Aznil Hj Nawawi


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...