EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kejadian tembakan kompleks beli-belah di Wisconsin

0 month ago, 21-Nov-2020

Washington: Beberapa individu cedera dalam kejadian tembakan di sebuah kompleks beli-belah di Wauwatosa, Wisconsin, pada Jumaat.

Berdasarkan laporan media tempatan, mangsa dikejarkan ke hospital.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Ketika ini, pasukan keselamatan dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sudah berada di lokasi bagi membantu polis tempatan.

Tidak dapat dipastikan berapa orang yang cedera, tetapi media tempatan melaporkan melihat sekurang-kurangnya tiga individu dibawa keluar dengan pengusung dari bangunan berkenaan.

Bagaimanapun, keadaan mereka dilihat tidak serius.

Ketika ini, individu yang melepaskan tembakan masih belum ditahan.



SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...