EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kejadian tahun 2017 yang baru tular, hari ini disaman

0 month ago, 24-Nov-2021

VIDEO TULAR AKSI KANAK-KANAK PEREMPUAN MENUNGGANG MOTOSIKAL DI FACEBOOK.

Kuala Lumpur: Pemilik bengkel yang membenarkan anak perempuannya berusia 10 tahun menunggang motosikal yang aksinya tular di media sosial, semalam disaman polis.

“Video berdurasi 43 saat itu tular di media sosial selepas ia dimuat naik seorang individu yang menggunakan akaun page, Arena Motor.

“Hari ini, saya berjumpa dengan kanak-kanak berkenaan di rumahnya di Sijangkang, Banting. Hasil siasatan mendapati kejadian itu yang berlaku pada 2017 dirakam di jalan utama hadapan rumahnya.

“Pemilik bengkel berusia 44 tahun itu juga mengesahkan dua motosikal berkenaan sedang dibaiki ketika kejadian.

“Tujuan dia membuat rakaman itu adalah sekadar untuk simpanannya serta pelanggan dan lelaki berkenaan tidak mengetahui bagaimana video terbabit boleh tersebar,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan rakaman video itu, pihaknya mendapati terdapat kesalahan trafik iaitu menunggang motosikal tanpa memiliki lesen, tidak memakai topi keledar dan tiada cermin sisi.

“Ibu bapa atau penjaga juga membenarkan kanak-kanak bawah umur menunggang motosikal dan tindakan sebegini membahayakan dan merisikokan anaknya dan pengguna jalan raya yang lain sekiranya berlakunya kemalangan.

“Justeru itu, kami mengeluarkan tiga saman bagi kesalahan berkenaan terhadap kanak-kanak terbabit dan bapanya selain menasihati mereka,” katanya.

Beliau menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya sentiasa memantau kelakuan anak-anak mereka yang di bawah umur agar tidak memandu atau menunggang kenderaan tanpa lesen memandu.

“Sekiranya berlaku kecuaian daripada ibu bapa dan penjaga dengan membenarkan anak-anak mereka memandu atau menunggang kenderaan, mereka boleh diambil tindakan mengikut Seksyen 3(1) Akta Kanak-Kanak 2001 serta Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Siapa nak bayar ni? Minta tolong jangan share video2 anak saya” – Bapa

Menurut Cip Boleng, beliau hanya menyimpan video tersebut di facebook miliknya hanya untuk kenangan tapi tidak sangka boleh tular akibat dari page yang memuat naik semula video itu.

Tambahnya lagi, kejadian itu berlaku pada tahun 2017, anaknya baru darjah 5.

Bagaimanapun beliau memberitahu page tersebut telah pun memadam video itu dan meminta maaf kepadanya.

Apa pendapat anda? Sila kongsikan di bahagian komen.

HM, JSPT PDRM, Facebook Cip Boleng

Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page Ya. Anda Juga Boleh Membaca Artikel Menarik Di Bawah:



SUMBER : belumbalik.com



Live Website Traffic


loading...